Penghantar makanan kena raba di depan pintu bilik ‘Alia’
Abang Grab Trauma Kena Gangguan Seksual Dengan Lelaki Bernama Alia. Baru-baru ini, seorang penghantar makanan berkongsi pengalaman mengerikan di media sosial melibatkan seorang pelanggan yang mempunyai dua identiti.
![Abang Grab Trauma Kena Gangguan Seksual Dengan Lelaki Bernama Alia](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/collage-13.jpg)
Menerusi perkongsian di laman X, beliau menyatakan bahawa dirinya menerima pesanan dari pelanggan bernama Alia untuk menghantar makanan ke sebuah hotel bajet. Namun, suara di telefon kedengaran jelas maskulin.
Alia sedang menunggu di luar pintu bilik dalam posisi provokatif
“Saya rasa terhina dengan apa yang berlaku. Apabila saya tiba di lobi hotel, saya telefon Alia untuk memberitahu bahawa makanan dah sampai. Alia minta saya membawa makanan ke bilik 309. Suara itu dalam dan kasar, tidak seperti yang saya jangka,” kata penghantar makanan itu.
Walaupun ragu, penghantar itu naik ke bilik pelanggan. Apabila tiba di depan bilik, pelanggan yang sepatutnya bernama Alia sedang menunggu di luar pintu dalam posisi yang provokatif, bersandar pada bingkai pintu.
Selepas itu, apabila penghantar mencari baki wang dalam dompet, pelanggan itu tiba-tiba meraba beliau walaupun sudah diminta berhenti. Bahkan, pelanggan itu meminta dipanggil Alia dan bukannya ‘encik’.
Difahamkan, penghantar makanan dalam ketakutan segera memberikan baki wang dan meninggalkan tempat kejadian.