fbpx
Home Aktiviti Menarik Aktiviti Bertaraf "World Class" Yang Di Sabah

Aktiviti Bertaraf “World Class” Yang Di Sabah

Aktiviti Bertaraf “World Class” Yang Di Sabah

Aktiviti Bertaraf "World Class" Yang Di Sabah

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyal pelbagal kaum serta budaya yang sangat unik .Salah satu tempat yang perlu anda kunjungi apabila datang ke Malaysla adalah Sabah.

Negeri Sabah merupakan tempat yang penuh dengan tempat pelancongan yang menarik dan cantik. Gunung Kinabalu menjadi tarikan utama pelancong yang inginkan cabaran serta mengambil gambar di puncak gunung

Pantai Sabah juga terkenal dengan hidupan laut yang pelbagal serta kecantikan terumbu karang yang dilindungi sehingga ke hari ini. Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan akan memberikan gambaran apa yang boleh anda lakukan di Sabah

Trek Maliau Basin, The Lost World of Sabah

Trek Maliau Basin sangat terkenal di Sabah. Hutan yang hanya 50% baru diterokai ini mempunyai pelbagai misteri dan masih menjadi misteri

kredit video-SZtv

Hutan simpan yang mencabar dan banyak air terjun yang belum diterokai serta laluan yang belum pernah diterokai menjadi cabaran yang perlu anda tempuhi

Hutan yang mempunyai persekitaran yang panas dan lembap sepanjang tahun memudahkan badan terhidrasi dengan cepat. Anda perlu bersedia untuk membawa air yang banyak .

 

Menikmati Makanan Laut Segar di Sabah

Aktiviti Bertaraf "World Class" Yang Di Sabah

Sabah dan Sarawak memang terkenal dengan makanan laut mereka, Terdapat makanan laut yang segar daripada laut Kota Kinabalu menjadi pilihan orang ramai

Kebanyakan kedai makanan laut yang terkenal seperti Restoran Makanan Laut Gayang menyajikan makanan yang segar

Medan Todak(waterfront) dan Kampung Nelayan turut popular.Bagi penggemar makanan laut, ini merupakan salah satu perkara yang Harus anda lakukan

Cruise menyusuri Sungai Klias

Dikenali sebagai Klias Wetland River Cruise, Ini adalah lawatan seharian di atas bot melihat pemandangan alam sekitar. Perjalanan yang megambil masa 2 jam dari bandar Kota Kinabalu ini memberi anda pegalaman yang tidak dapat dilupakan

Bot boleh menampung seramai 15 -20 orang dan setiap bot ada seorang Tourist Guide untuk memberi penerangan

Di sini jugak anda boleh berjumpa dengan monyet berekor panjang dari jenis Macaques.

Mendaki Gunung Trusmadi

Jika anda fikir mendaki Gunung Kinabalu sangat mencabar, anda perlu cuba mendaki Gunung Trusmadi dulu.

Laluan-laluan yang dilalui sangat mencabar terutamanya apabila anda berjalan pada waktu malam.Tetapi, apabila anda sudah smpai ke puncak perasaan puas hati kerana anda telah menawan gunung yang amat sukar didaki

Dipuncak anda boleh melihat puncak Gunung Kinabalu. Sepanjang pendakian anda pasti akan berlumput satu badan.

 

Melawat Kawasan Pelindungan Orangutan Sepilok

Tempat yang paling terkenal di Sabah untuk melihat Orangutan adalah di Sepilok.

Anda boleh mempelajari cara hidup Orangutan serta memberi makan kepada haiwan ini

 

Taman Negara Kinabalu

Taman Negara ini merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco yang pertama di Malaysia

Anda boleh bawa keluarga dan melihat alam sekitar yang kaya dengan flora dan fauna termasuk mmenerokai taman botanical, muzium serangga serta berjalan kaki melihat sekitar hutan

Di sini juga anda boleh menjumpai Bunga terbesar di malaysia iaitu Bunga Rafflesia

White Water Rafting Di Kiulu

Anda boleh pergi ke Sungai Kiulu untuk berkayak secara ekstrem , atau bahasa mudah White Water Rafting .

Terdapat dua kelas yang sesuai untuk seisi keluarga dan mereka akan dapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan selama 90 minit

 

Mendaki Gunung Kinabalu

 

 

Sumber-melancong.com.my