• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Alasan Ingin Jumpa TYT, Penganggur Ceroboh Astana Negeri Sarawak Didenda RM3K

Oleh
Husna Hazmi
12 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Sungguh aneh!

Alasan Ingin Jumpa TYT, Penganggur Ceroboh Astana Negeri Sarawak Didenda RM3K. Dilaporkan bahawa seorang penganggur lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuching pada hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh Astana Negeri Sarawak atas alasan hendak berjumpa dengan Tuan Yang Terutama (TYT), Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. 

Alasan Ingin Jumpa TYT, Penganggur Ceroboh Astana Negeri Sarawak Didenda RM3K
Alasan Ingin Jumpa TYT, Penganggur Ceroboh Astana Negeri Sarawak Didenda RM3K

Menceroboh kawasan Astana Negeri Sarawak

Majistret Zubaidah Sharkawi juga menetapkan tertuduh, Mohamad Firdaus Mohamad Ali yang berusia 35 tahun itu untuk dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda. 

Berdasarkan pertuduhan, lelaki dari Debak itu didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan Astana Negeri Sarawak tanpa kebenaran pada 15 September lalu, pada jam lebih kurang 6.46 pagi di Jalan Astana, Kuching. 

Menurut fakta kes, pasukan keselamatan kawasan tersebut yang sedang menjalankan rondaan menemui tertuduh berdiri di hadapan premis tersebut tanpa sebarang alasan munasabah. 

Tertuduh dikatakan berada dalam keadaan berhalusinasi dan dikatakan tidak melakukan apa-apa pada waktu kejadian. Di samping itu, turut difahamkan bahawa tertuduh yang berjalan kaki telah menyatakan dia mahu berjumpa dengan TYT namun gagal menjelaskan atas tujuan apa. 

Tiada barangan menyalahi undang-undang

Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan tertuduh juga mendapati tiada barangan menyalahi undang-undang dan juga tiada kerugian dialami serta tidak ada kerosakan harta benda dilaporkan. 

Atas perbuatan tersebut, tertuduh didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh pula tidak diwakili oleh mana-mana peguam. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Bandaraya Pertama Di Malaysia Diiktiraf UNESCO Dalam Rangkaian Bandar Kreatif Kategori Gastronomi
Next Article Ini 3 Langkah Mudah Usahawan Sarawak Boleh Dapatkan Perkakas Digital Percuma Melalui Program GO DIGITAL

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?