Kemalangan di bulatan Miri, Axia gagal beri isyarat, langgar penunggang motosikal
Axia Belok Tidak Beri Signal, Motosikal Jadi Mangsa Di Miri. Satu insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kenderaan Perodua Axia dan sebuah motosikal di Miri telah menjadi tular di platform media sosial baru-baru ini.
Menerusi rakaman video yang dikongsi di aplikasi TikTok, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah bulatan di Miri.
![Axia Belok Tidak Beri Signal, Motosikal Jadi Mangsa Di Miri](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/Screenshot-2024-06-21-at-3.56.07 PM.png)
Kenderaan Axia berkenaan dilaporkan membelok ke arah kiri tanpa memberikan isyarat, lalu melanggar sebuah motosikal yang sedang bergerak lurus.
Walaupun berlaku perlanggaran, penunggang motosikal tersebut bangun semula. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menyalahkan pemandu Axia atas kegagalan memberikan isyarat dan tindakan meninggalkan tempat kejadian.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/Screenshot-2024-06-21-at-3.56.44 PM.png)
Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang mengkritik penunggang motosikal kerana tidak berhenti terlebih dahulu dan tidak memberi perhatian kepada pergerakan kenderaan Axia yang hendak membelok.