fbpx
Home Cerita Borneo 6 Hak Penumpang Yang Anda WAJIB Tahu Sebelum Menaiki Pesawat

6 Hak Penumpang Yang Anda WAJIB Tahu Sebelum Menaiki Pesawat

Flight Anda Ada Masalah? Jangan Panik Dulu

6 Hak Penumpang Yang Anda WAJIB Tahu Sebelum Menaiki Pesawat. Sering kali flight yang bermasalah boleh membuatkan anda mengeluh panjang, resah mahu pun naik angin. Mana tidaknya, plan yang anda dah atur siap-siap spoil gara-gara masalah yang berlaku sebelum, semasa mahu pun selepas penerbangan anda.

Tarik nafas sekejap. Okay, anda tahu tak anda sebenarnya mempunyai hak yang boleh anda tuntut sebagai penumpang flight? Mungkin ramai yang dah tahu, tapi di sini kami sertakan secara ringkas 6 hak basic yang wajib anda tahu setiap kali menaiki kapal terbang seperti yang telah digariskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Lagi cerita berkaitan : Rupanya Ini Sebab Harga Tiket Sabah dan Sarawak Lebih Mahal Walaupun Dalam Malaysia

1
Apabila Flight Anda Delay

Kredit : Inc.

Situasi ini sering kali dihadapi oleh para penumpang. Tapi, jangan bimbang. Sekiranya flight anda tertangguh atau delay, anda layak untuk menuntut perkara yang berikut ;

  • PERCUMA hidangan makanan, panggilan telefon dan akses internet (untuk delay selama 2 jam atau lebih)
  • PERCUMA penginapan hotel atau pengangkutan (untuk delay selama 5 jam atau lebih, atau apabila penginapan menjadi suatu keperluan)

Walau bagaimanapun, jika flight anda delay disebabkan keadaan yang tidak terjangka seperti keadaan cuaca yang buruk dan ancaman keselamatan, tuntutan ini tidak terpakai.

Back

Ikuti Kami Untuk Lebih Banyak Cerita Menarik

26,648FansLike
2,284FollowersFollow
107SubscribersSubscribe