in

AirAsia Lancarkan Penerbangan Terus Dari Kuching ke Tawau

1.9K Shares

AirAsia Lancarkan Penerbangan Terus Dari Kuching ke Tawau

AirAsia hari ini melancarkan laluan terbaharu mereka dari Kuching, kali ini terus ke bandar ke 3 terbesar di Sabah iaitu Tawau.

AirAsia Lancarkan Penerbangan Terus Dari Kuching ke Tawau

Dipetik dari laman berita AirAsia :

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami teruja untuk melancarkan laluan baharu dari hab Kuching yang semakin berkembang. Laluan Kuching-Tawau ini merupakan bukti komitmen kami untuk terus meningkatkan hubungan di Sabah dan Sarawak, selain mengembangkan peluang ekonomi di kedua-dua buah bandar. Kuching merupakah sebuah bandar yang tidak asing lagi bagi para pelancong, dan Tawau pula kini semakin popular sebagai pintu masuk ke tapak menyelam terbaik di dunia, terutamanya oleh pelancong dari China. 90 peratus daripada laluan Fly-Thru kami ke Tawau adalah dari bandar-bandar di China dan 76 peratus daripada tetamu kami yang melawat Tawau adalah dari China. Oleh itu, kami percaya kita boleh menarik lebih ramai tetamu menerusi laluan terus ini ke Kuching dan Tawau.”

AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) kini terbang ke 13 destinasi dari Kuching ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Johor Bahru, Bintulu, Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Shenzhen, Pontianak dan Singapura. Syarikat penerbangan tersebut juga terbang ke empat destinasi dari Tawau ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.

Penerbangan terus dari ke Kuching akan diadakan dengan kekerapan sebanyak 4 kali seminggu, dengan jadual seperti gambar rajah di bawah :

AirAsia Lancarkan Penerbangan Terus Dari Kuching ke Tawau

ntuk meraikan pelancaran laluan baharu tersebut, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua daripada RM79* sehala dari Kuching ke Tawau. Tambang promosi tersebut boleh didapati untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula sekarang hingga 14 Oktober 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 Disember 2018 dan 26 November 2019.

Untuk tempat penginapan menarik di Tawau, anda boleh periksa di sini : The Best Hotel In Tawau

1.9K Shares

Inilah 25 Tempat Menarik Untuk Anda Kunjungi Di Kundasang Dan Ranau Sabah

“New Zealand Malaysia” Ada Di Desa Cattle Dairy Farm Kundasang

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu

Bilik Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu