in

Anak Sarawak Dari Kapit Dapat Tawaran Kontrak 10 Tahun Dari BMW di Eropah

Tawaran rasmi dikhabarkan akan keluar dalam masa 2 minggu lagi

Anak Sarawak Dari Kapit Dapat Tawaran Kontrak 10 Tahun Dari BMW di Eropah
0 Shares

Anak Sarawak Dari Kapit Dapat Tawaran Kontrak 10 Tahun Dari BMW di Eropah

Sebelum ini pernah tular di laman sosial mengenai Franklin Lingga ak Abun, pelajar Universiti Malaysia Sarawak dari Kapit mengenai kejayaan beliau untuk membentangkan mengenai projek teknologi semi-solar di Austria.

Apa yang membanggakan Malaysia rakyat Sarawak ialah projek yang diutarakan oleh Franklin dengan mudah meyakinkan pihak BMW untuk menerima projek tersebut sekaligus beliau diiktiraf oleh pihak BMW sebagai pakar teknologi automotif bermula 2021 hingga 2031 nanti.

Anak Sarawak Dari Kapit Dapat Tawaran Kontrak 10 Tahun Dari BMW di Eropah

 

Pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Buatan itu telah membentangkan projek tersebut 23 November yang lalu dan kini telah selamat kembali ke kampus UNIMAS.

Beliau merupakan salah seorang daripada 3 finalis yang terpilih untuk membentangkan projek bersama-sama dengan dua orang jurutera dari Jerman dan Korea Selatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Canselor UNIMAS petang tadi,  Franklin Lingga anak Abun telah ditawarkan kontrak 10 tahun untuk bekerja dengan BMW di Eropah sebaik sahaja taman program ijazah beliau di UNIMAS.

 

Perkara tersebut semestinya membanggakan warga Kapit dan Sarawak secara khususnya. Ianya juga diharap dapat dijadikan inspirasi buat golongan remaja di luar sana agar meneruskan usaha untuk menghasilkan sesuatu yang boleh memanfaatkan masyarakat sejagat.

Tahniah kami ucapkan kepada Franklin, beliau telah membuatkan kita bangga!

0 Shares

Written by iloveborneo

4 Makanan Yang Betul Betul Padu Di Burger O Myy

14 Wakil Rakyat Sabah Keluar Daripada Parti UMNO

14 Wakil Rakyat Sabah Keluar Daripada Parti UMNO