fbpx
Jom Subscribe Youtube Kami

Bonus RM500 Dari Kerajaan Sarawak Untuk Kakitangan Awam Persekutuan Di Sarawak

-

Bonus RM500 Dari Kerajaan Sarawak Untuk Kakitangan Awam Persekutuan Di Sarawak

Buat kali pertama dalam sejarah, Kerajaan Sarawak membuat keputusan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak. Keputusan itu diumumkan Ketua Menteri Sarawak di BCCK pagi tadi. Beliau berkata bantuan khas itu akan dibayar pada Jun tahun depan.

“Sebagai menghargai sumbangan penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di negeri ini, ahli kabinet saya telah bersetuju memberi tambahan bantuan kewangan RM500 kepada bantuan RM500 daripada kerajaan persekutuan untuk semua penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak.

“Bantuan khas ini akan dibayar pada Jun tahun depan kerana kabinet saya baharu sahaja menyatakan persetujuan ini,” katanya.

Beliau mengumumkannya semasa perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Kira-kira 94,971 penjawat awam persekutuan berkhidmat di Sarawak.

Ikuti Kami Untuk Lebih Banyak Cerita Menarik

26,648FansLike
2,284FollowersFollow
107SubscribersSubscribe