fbpx
Home Cerita Borneo ' Drama Saiful Bukhari 2.0 ' Kembali, Kini Dibintangi Anak Sarawak

‘ Drama Saiful Bukhari 2.0 ‘ Kembali, Kini Dibintangi Anak Sarawak

‘ Drama Saiful Bukhari 2.0 ‘ Kembali, Kini Dibintangi Anak Sarawak

Dunia politik di Malaysia sejak beberapa hari yang lepas kembali digegarkan dengan isu homoseksual apabila sebuah video lucah tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan seorang menteri kanan Malaysia bersama dengan seorang staff lantikan politik timbalan menteri industri utama. Lebih mengejutan lagi, staff tersebut merupakan seorang anak Sarawak.

Haziq Abdullah Abdul Aziz merupakan bekas presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia yang sebelum PRU ke 14, menjadi fellow perdana kepada Datuk Nancy Shukri yang pernah menjawat jawatan menteri di peringkat persekutuan.

Selepas kekalahan Barisan Nasional, Haziq tiba tiba aktif kembali dalam Parti Keadilan Rakyat dengan menjadi Ketua Pemuda PKR Dun Santubong.

Awal pagi tadi, sebuah video pengakuan bersumpah ditularkan di media sosial dengan beliau mengaku sebagai lelaki yang bersama menteri kanan Malaysia tersebut.