fbpx
Home Cerita Borneo Jadi 'Monyet' Jika Buang Sampah Merata Rata Di Semporna

Jadi ‘Monyet’ Jika Buang Sampah Merata Rata Di Semporna

Jadi ‘Monyet’ Jika Buang Sampah Merata Rata Di Semporna

Semporna pastinya sebuah destinasi yang amat popular bagi pelancong dalam dan luar negara. Namun begitu, sejak kebelakangan ini isu membuang sampah sarap merata rata menjadi semakin serius dan menyusahkan.

Ekoran dengan keadaan tersebut, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi arahan untuk satu pendekatan terbaru dijalankan bagi ‘menghukum’ mereka yang suka membuang sampah merata rata ini.

Jadi 'Monyet' Jika Buang Sampah Merata Rata Di Semporna

Bagi individu yang dikesam membuang sampah merata rata, mereka akan didenda sebanyak RM500 atau mereka perlu membuat khidmat komuniti dimana mereka perlu membersihkan kawasan tertentu dengan memakai Jaket berlabel monyet.

Jadi 'Monyet' Jika Buang Sampah Merata Rata Di Semporna

Menurut papan tanda yang diletakkan di sekitar kawasan utama di Semporna, hanya monyet yang membuang sampah merata rata.

Dilaporkan kempen ini berjaya membersihkan beberapa kawasan apabila pesalah memilih untuk membuat kerja khidmat kerana tidak mampu membayar denda sebanyak RM500.

Turut mendukacitakan apabila beberapa warga asing tanpa dokumen yang sah juga dikesan dalam kempen ini.

Apa pendapat anda tentang kempen ini? Patutkah ianya diperluaskan ke seluruh Sabah?