in

Kalimantan, Bakal Ibu Kota Baharu Indonesia?

Kalimantan, Bakal Ibu Kota Baharu Indonesia?
980 Shares

Kecoh sejak beberapa minggu yang lepas mengenai beberapa pengumuman dan juga cicipan di internet mengenai niat Kerajaan Indonesia untuk menjadikan salah satu tempat di Kalimantan sebagai Ibu Kota Baharu Indonesia.

Jika dikaji dari sudut sejarah, usul untuk memindahkan ibu kota indonesia sudah dikeluarkan semenjak zaman Soekarno dan pada tahun 2010 juga, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga pernah menyatakan hasrat yang sama.

Kali ini, Joko Widodo nampak lebih serius untuk meneruskan usul tersebut. Beberapa hari yang lepas beliau membuat lawatan rasmi ke Kalimantan.

Beliau melawat beberapa lokasi di Kalimantan mencari tempat yang strategik untuk mencipta sejarah seperti Brazil mengalihkan kota pentadbiran mereka ke Brasilia dan seperti Putrajaya diwujudkan tidak lama dahulu.

Kalimantan merupakan lokasi yang sangat strategik kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah negara besar itu.

Lokasi itu juga bebas bahaya daripada bencana alam seperti gempa bumi dan letupan gunung berapi berbanding wilayah yang lain.

Adakah kali ini Joko Widodo bakal merealisasikan usul mengalihkan Ibu Kota Pentadbiran Indonesia ke Kalimantan? Sekiranya perkara ini terjadi ternyata Kalimantan akan melalui satu proses pertumbuhan yang sangat pesat dengan pelaburan yang dilaporkan bakal menelan belanja sebanyak RM145 billion atau 500 trillion rupiah.

Sekiranya projek ini diteruskan, Pulau Borneo juga akan mendapat tempiasnya.

980 Shares

Kajian:Harga Tiket KL-KK 3 Kali Ganda Ketika Musim Hari Raya Aidilfitri

Kajian:Harga Tiket KL-KK 3 Kali Ganda Ketika Musim Hari Raya Aidilfitri

Asal Usul Dan Sejarah Pesta Kaamatan Yang Anda Perlu Tahu

Asal Usul Dan Sejarah Pesta Kaamatan Yang Anda Perlu Tahu