fbpx
Home Cerita Borneo Mengapa Kenderaan Pacuan 4 Roda Jadi Kegemaran Pengguna Di Sabah Dan Sarawak

Mengapa Kenderaan Pacuan 4 Roda Jadi Kegemaran Pengguna Di Sabah Dan Sarawak

Mengapa Kenderaan Pacuan 4 Roda Jadi Kegemaran Pengguna Di Sabah Dan Sarawak

Jika anda tinggal di Sabah dan Sarawak, anda pasti sedar bahawa terdapat banyak kenderaan pacuan 4 roda yang digunakan di atas jalan raya lebih lebih lagi jika anda melawat ke kawasan yang agak terpencil.

Dalam artikel ini, kami nyatakan beberapa sebab mengapa kenderaan pacuan 4 roda menjadi kegemaran pengguna di Sabah dan Sarawak.

1. Muka bentuk bumi dan jalanraya yang mencabar

Mengapa Kenderaan Pacuan 4 Roda Jadi Kegemaran Pengguna Di Sabah Dan Sarawak
kredit gambar : Paultan

Seperti yang kita tahu, pembangunan infrastruktur masih giat dijalankan di Sabah dan Sarawak. Oleh sebab tersebut, masih terdapat kawasan yang tidak mempunyai kemudahan jalanraya yang baik seperti di bandar bandar besar seperti Kuching.

Mengapa Kenderaan Pacuan 4 Roda Jadi Kegemaran Pengguna Di Sabah Dan Sarawak
kredit gambar : Yang Saya Nampak

Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang berkaitan, atau pun kampung halaman mereka terletak di kawasan yang tidak mempunyai akses jalanraya yang baik, kebiasaannya mereka akan membeli kenderaan pacuan 4 roda untuk memudahkan mereka.

Mengapa Kenderaan Pacuan 4 Roda Jadi Kegemaran Pengguna Di Sabah Dan Sarawak
kredit gambar : Borneo Today

2. Digunakan oleh mereka yang mempunyai ladang dan kebun

Mengapa Kenderaan Pacuan 4 Roda Jadi Kegemaran Pengguna Di Sabah Dan Sarawak
kredit gambar : The Star

Bagi mereka yang memiliki ladang dan kebun, mereka kebiasaanya akan membeli kenderaan pacuan 4 roda untuk ke ladang mereka. Hasil ladang mereka juga kebiasaanya akan diangkat dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda ini.

Ada kalanya, kenderaan pacuan 4 roda ini juga berguna bagi mereka membawa pekerja dan sebagainya.

Mengapa Kenderaan Pacuan 4 Roda Jadi Kegemaran Pengguna Di Sabah Dan Sarawak
Kredit Gambar : The Star

3. Selesa untuk dipandu untuk perjalanan jarak jauh

Mengapa Kenderaan Pacuan 4 Roda Jadi Kegemaran Pengguna Di Sabah Dan Sarawak
kredit gambar : Paultan

Seperti yang kita tahu, keadaan infrastruktur jalan raya yang masih kurang sempurna di Sabah dan Sarawak menyebabkan kenderaan biasa mungkin kurang selesa untuk digunakan bagi perjalanan jarak jauh. Lebih lebih lagi jika perjalanan tersebut melalui kawasan yang mencabar.

Oh ya, jika anda penggemar kenderaan pacuan 4 roda tetapi ingin mencuba SUV (Sport Utility Vehicle) pula, anda boleh lihat Proton X70 yang kini dalam proses pra tempahan.

Mengapa Kenderaan Pacuan 4 Roda Jadi Kegemaran Pengguna Di Sabah Dan Sarawak

Oh ya, terdapat pelbagai varian yang ditawarkan. Anda boleh rujuk seperti di bawah :

Mengapa Kenderaan Pacuan 4 Roda Jadi Kegemaran Pengguna Di Sabah Dan Sarawak

Kenderaan SUV biasanya selesa untuk pemanduan jarak jauh antara bandar, nampak macam sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang sering ‘travel’ dengan memandu di Sabah dan Sarawak.

Anda gemarkan kenderaan 4 roda dan juga SUV? Apa model kegemaran anda?

Kongsikan di ruang komen di bawah.