fbpx
Home Cerita Borneo RB Link, Penerbangan Terbaru Hubungkan 7 Bandar Borneo Dengan Laluan Antarabangsa

RB Link, Penerbangan Terbaru Hubungkan 7 Bandar Borneo Dengan Laluan Antarabangsa

RB Link, Penerbangan Terbaru Hubungkan 7 Bandar Borneo Dengan Laluan Antarabangsa

Syarikat Penerbangan Royal Brunei dengan kerjasama Malindo Air kini melancarkan servis yang dikenali sebagai RB Link. RB Link adalah regional service yang menghubungkan 7 bandar utama di Borneo dengan Bandar Seri Begawan yang menawarkan penerbangan seterusnya ke lebih dari 20 destinasi antarabangsa.

RB LINK beroperasi dengan menggunakan 2 buah pesawat ATR72-600 yang boleh membawa 72 orang penumpang. Pesawat tersebut akan terbang terus dari Kuching, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Balikpapan ke Bandar Seri Begawan.

Melalui kerjasama di antara Royal Brunei Airlines dan Malindo Air ini, penduduk di Borneo kini terhubung dengan lebih dari 20 buah destinasi antarabangsa yang ditawarkan Royal Brunei Airlines terus dari Bandar Seri Begawan.