fbpx
Home Cerita Borneo Selepas Bas Elektrik, Sarawak Jadi Yang Pertama Mencuba Bas Hidrogen Pula

Selepas Bas Elektrik, Sarawak Jadi Yang Pertama Mencuba Bas Hidrogen Pula

Selepas Bas Elektrik, Sarawak Jadi Yang Pertama Mencuba Bas Hidrogen Pula

Sebelum ini, Sarawak melancarkan uji pandu Bas Elektrik yang kini beroperasi di Bandaraya Kuching.

Baca artikel berkenaan : Sarawak Lancarkan Prototaip Bas Elektrik Pertama

Baru baru ini, Kerajaan Sarawak melalui SEDC dan Sarawak Energy melakukan pula uji kaji dengan menggunakan bas yang dikuasakan dengan hidrogen.

Selepas Bas Elektrik, Sarawak Jadi Yang Pertama Mencuba Bas Hidrogen Pula

Bas yang dikuasakan dengan hidrogen ini sudah mendapat kelulusan JPJ dan kini akan memulakan fasa percubaan.

Terdapat tiga bas terlibat dalam percubaan dan laluan yang diliputi adalah di Tebingan Kuching, Jalan Tunku Abdul Rahman ke Pantai Damai di Santubong, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub ke Medan Niaga Kubah Ria, Jalan Abell, Jalan Padungan, Jalan Sentral Timur, Jalan Tun Haji Openg, Jalan Satok, Jalan Kulas, Jalan Muda Hashim dan Jalan Datuk Ajibah Abol.

Untuk ketika ini, difahamkan bahawa bas bas ini tidak akan membawa penumpang.