fbpx
Home Cerita Borneo Tahukah Anda Bahawa Anda Boleh Didenda Sehingga RM50k Sekiranya Menyebarkan Berita Palsu?

Tahukah Anda Bahawa Anda Boleh Didenda Sehingga RM50k Sekiranya Menyebarkan Berita Palsu?

Tahukah Anda Bahawa Anda Boleh Didenda Sehingga RM50k Sekiranya Menyebarkan Berita Palsu?

Dengan dunia kita yang semakin canggih dan terhubung dengan adanya aplikasi aplikasi di telefon pintar, maklumat menjadi semakin senang untuk dikongsi. Namun begitu terdapat juga segelintir individu tidak bertanggungjawab, yang menggunakan kemudahan ini untuk menyebarkan berita palsu demi kepentingan peribadi mereka.

Tahukah Anda Bahawa Anda Boleh Didenda Sehingga RM50k Sekiranya Menyebarkan Berita Palsu?

Dalam artikel ringkas ini, kami kongsikan implikasi dari penyebaran berita palsu yang mungkin, bawang bawang di luar sana masih tidak tahu dan menyebabkan mereka masih menjadi golongan yang gemar berkongsi info tidak sahih di whatsapp,facebook dan pelbagai medium lagi.

Berikut adalah akta yang digunakan untuk mengekang berita palsu.

Akta 588, Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988

Larangan terhadap pemberian kandungan jelik

  1. (1)  Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau
    orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan,
    boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu,
    mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau,
    mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.
    (2)  Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu
    kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
    lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
    melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda
    selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian
    daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
    Forum kandungan
  2. Suruhanjaya boleh menetapkan suatu badan industri menjadi
    suatu forum kandungan bagi maksud Bahagian ini.
    Kod kandungan
  3. (1)  Dalam sesuatu kod kandungan yang disediakan oleh
    forum kandungan atau Suruhanjaya hendaklah dimasukkan tatacara
    contoh bagi menangani kandungan jelik atau sumbang.
    (2)  Perkara-perkara yang boleh dikendalikan dalam kod itu
    termasuk, tetapi tidak terhad kepada—
    (a) sekatan terhadap pemberian kandungan yang tidak
    sesuai;
    (b) kaedah untuk mengkelaskan kandungan;
    (c) tatacara bagi mengendalikan aduan orang ramai dan
    bagi melaporkan maklumat mengenai aduan kepada
    Suruhanjaya;
    (d) gambaran budaya Malaysia dan identiti kebangsaan;
    (e) maklumat dan pendidikan awam berkenaan dengan
    pengawalseliaan kandungan dan teknologi bagi kawalan
    kandungan oleh pengguna akhir; dan
    (f) perkara-perkara lain yang penting kepada masyarakat.

Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau
perkhidmatan rangkaian, dll.
233.  (1)  Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian
atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi
secara sedar—
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi
lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau
jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,
menganiayai, mengugut atau mengganggu orang
lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan
mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara
berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa
itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku,
dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan
niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau
mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor
atau alamat elektronik,
melakukan suatu kesalahan.
(2)  Seseorang yang secara sedar—
(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau
perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi
lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang;
atau
(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau
perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk
digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam
perenggan (a),
melakukan suatu kesalahan.
(3)  Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh
didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan
itu diteruskan selepas pensabitan

Jika anda gemar untuk forward atau share info info yang tidak sahih, anda boleh dikenakan tindakan seperti akta di atas. Begitu juga jika anda gemar untuk menggunakan media sosial untuk memberi komentar yang palsu.

SUMBERAKTA 588