fbpx
Home Cerita Borneo Terkini : Polis Percaya Bukan Diculik, Tetapi Lari Dari Rumah

Terkini : Polis Percaya Bukan Diculik, Tetapi Lari Dari Rumah

Terkini : Polis Percaya Bukan Diculik, Tetapi Lari Dari Rumah

Kes kehilangan dua orang remaja/kanak kanan wanita yang menggemparkan Kuching siang tadi disyaki sebagai kes lari dari rumah, bukannya kes culik seperti yang dinyatakan.

Menurut laporan dari Utusan Borneo :

“Kejadian culik yang dinyatakan dalam laporan polis tidak berlaku. Tidak ada van putih atau lelaki bertopeng. Cerita direka.

“Polis percaya bahawa laporan polis yang dibuat pengadu adalah palsu. Bukan kes penculikan. Kita ada sebab untuk mempercayai bahawa dua kanak-kanak itu telah melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan sebenar tadi.

Terdahulu, pengadu yang merupakan ibu saudara kanak-kanak terbabit melaporkan anak saudaranya, 10, dan adik perempuannya, 17, dikatakan dilarikan dua individu bertopeng yang tidak dikenali menggunakan van putih. “

Perkara di atas dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar dalam satu kenyataan sebentar tadi.