Jom cuci kereta di sini, sambil itu boleh buat amal jariah
Cuci Kereta Anda Sambil Bantu Komuniti Kelainan Upaya Pendengaran Di Kuching. Sarawak Society for the Deaf (SSD) kini buka servis mencuci kereta amal bagi mengumpul dana untuk menyokong komuniti orang kelainan upaya pendengaran di Sarawak.
Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan mengumpul dana tetapi juga memberikan peluang pekerjaan kepada mereka dalam komuniti ini.
![Cuci Kereta Anda Sambil Bantu Komuniti Kelainan Upaya Pendengaran Di Kuching](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-82-1024x607.jpg)
Waktu operasi dan harga perkhidmatan cuci kereta
Operasi servis mencuci kereta ini setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Ia ditutup pada hari Ahad dan cuti umum. Lokasi ini terletak di Lot 1862, Lorong Laksamana 8, Jalan Laksamana Cheng Ho, 93200 Kuching, Sarawak.
Sarawak Society for the Deaf menawarkan pelbagai perkhidmatan mencuci kereta dengan harga yang berpatutan. Berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan beserta harga:
- Cuci & Vakum:
- Kereta Kecil: RM10.00
- Sedan: RM12.00
- Sedan Besar: RM14.00
- 4WD: RM18.00
- Van: RM20.00
- Lori Besar: RM35.00
- Cuci Badan Kereta Sahaja:
- Kereta Kecil: RM6.00
- Sedan: RM8.00
- Sedan Besar: RM10.00
- 4WD: RM12.00
- Van: RM14.00
- Motosikal: RM5.00
- Vakum Dalaman Sahaja:
- Kereta Kecil: RM5.00
- Sedan: RM8.00
- Sedan Besar: RM10.00
- 4WD: RM10.00
- Van: RM12.00
- Motosikal: RM5.00
- Cuci Bawah Kereta:
- Kereta Kecil: RM5.00
- Sedan: RM8.00
- Sedan Besar: RM10.00
- 4WD: RM10.00
- Van: RM12.00
- Cuci, Vakum & Cuci Bawah Kereta:
- Kereta Kecil: RM15.00
- Sedan: RM18.00
- Sedan Besar: RM22.00
- 4WD: RM28.00
- Van: RM32.00
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi:
- Telefon: 012-8118260 / 082-428332
- Emel: [email protected]
- Facebook: Sarawak Society for the Deaf
- Laman Web: Sarawak Society for the Deaf
![Cuci Kereta Anda Sambil Bantu Komuniti Kelainan Upaya Pendengaran Di Kuching](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-83-1024x538.jpg)
Selain itu, di tempat ini juga terdapat jualan barangan kraf rotan dengan harga yang berpatutan hasil buatan Sarawak Society for the Deaf.
Sokongan anda terhadap aktiviti ini bukan sahaja membantu mengumpul dana tetapi juga memberi semangat dan peluang kepada komuniti kurang upaya pendengaran untuk terlibat dalam aktiviti sosial dan ekonomi. Mari kita bersama-sama menyokong usaha murni ini.