Dakwaan ‘hilang wang’ di Tabung Haji terungkai selepas siasatan
Dakwaan Wanita Di Kuching ‘Hilang’ RM30K Dari Tabung Haji Sebenarnya Dipindah Ke Akaun Bank Sendiri. Baru-baru ini tersebar kisah seorang bekas pegawai kerajaan yang mendakwa sejumlah RM30,000 dalam akaun Tabung Hajinya hilang secara tiba-tiba.
Namun, setelah siasatan dijalankan oleh Lembaga Tabung Haji, didapati tuduhan pendeposit tersebut kehilangan lebih RM30,000 selepas wang dalam akaun Tabung Hajinya dipindahkan ke akaun orang lain adalah tidak benar.
![Dakwaan Wanita Di Kuching 'Hilang' RM30K Dari Tabung Haji Sebenarnya Dipindah Ke Akaun Bank Sendiri](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/03/laporTH_1709778332.jpg-1.webp)
Terdahulu, pegawai kerajaan yang bersara di Kuching itu mendakwa duit 30k lesap di TH
Menurut laporan Berita Harian, Bahagian Komunikasi Korporat Tabung Haji menjelaskan bahawa wang yang dikeluarkan daripada akaun Tabung Haji pendeposit itu sebenarnya dimasukkan ke dalam akaun bank milik wanita tersebut sendiri.
Sebelum ini, wanita tersebut mendakwa bahawa sejumlah RM30,000 daripada akaun Tabung Haji beliau telah dipindahkan ke akaun lain dan dikeluarkan melalui mesin ATM sejak tahun 2018 tanpa pengetahuannya.
Mangsa, Datuk Jabidah Monseri, 66 tahun, menyatakan bahawa beliau hanya sedar wang itu hilang pada 30 November tahun lepas.