fbpx
Home Event Menarik Pesta Benak Sri Aman, Pesta Rare Yang Anda Perlu Pergi Di Sarawak

Pesta Benak Sri Aman, Pesta Rare Yang Anda Perlu Pergi Di Sarawak

Pesta Benak Sri Aman, Pesta Rare Yang Anda Perlu Pergi Di Sarawak

‘Benak’ ialah istilah tempatan Sarawak mengenai kejadian air pasang yang berlaku dengan alunan berombak. ‘Benak’ merupakan satu kejadian yang berlaku akibat keadaan muara sungai yang luas dan dasar sungai yang cetek, di mana permukaan air akan membentuk struktur ombak yang beralun menuju ke bahagian hulu sungai apabila tiba waktu air pasang.

Pesta Benak Sri Aman, Pesta Rare Yang Anda Perlu Pergi Di Sarawak

Fenomena ‘benak’ yang berlaku di Batang Lupar merupakan salah satu daripada 60 kejadian ‘benak’ di seluruh dunia. ‘Benak’ Batang Lupar bermula di kawasan Pulau Seduku, di bahagian hulu Pekan Lingga, kira-kira 44.6 km dari muara dan 34.5 km dari bandar Sri Aman.

‘Benak’ mengalun dengan kelajuan sekitar 7 hingga 18 km sejam. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan mengikut air pasang besar (King Tide), dan akan melintasi tebingan bandar Sri Aman yang menjadi lokasi utama Pesta Benak.

Untuk Pesta Benak Sri Aman 2018, ianya akan diadakan pada bulan Ogos ini iaitu dari 10-12 Ogos 2018

Pesta Benak Sri Aman, Pesta Rare Yang Anda Perlu Pergi Di Sarawak

Selain dari pesta Benak, terdapat banyak lagi tempat untuk anda lawati seperti :

1. Kubu Alice

Nama Kubu Alice diambil dari nama isteri Charles Brooke Margaret Alice Lili, telah di bina pada tahun 1864 dan merupakan salah satu bangunan yang tertua di Sri Aman.

Tujuan kubu ini di bina adalah sebagai kubu pertahanan mengawal Sungai Batang Lupar. Bagi mereka yang meminati sejarah, ini merupakan tempat yang perlu anda lawati.

2. Taman Panorama Benak Sri Aman

Tujuan utama taman ini di buat adalah untuk kemudahan pengunjung melihat Benak semasa Pesta Benak.

Tetapi rekaan taman Panaroma ini sangat menarik dan sangat bersesuaian jika anda ingin berehat dan melapangkan minda.

3. Pasar Tamu Sri Aman

Ini merupakan tempat yang harus anda kunjungi apabila berada di Bandar Sri Aman, disinilah tempat di mana anda boleh melihat keseluruhan masyarakat Sri Aman berkumpul. Di Pasar Tamu ini juga ada menjual pelbagai barangan dapur dan sayuran-sayuran yang segar.

4. Mencuba Makanan Di Sri Aman

Salah satu yang terkenal di Sri Aman adalah makanannya yang sangat sedap dan juga unik. Tidak sah kunjungan anda ke Sri Aman jika tidak merasai keenakan makanan di sini.