fbpx
Home Event Menarik Scholar Search Kembali Dengan Tawaran Biasiswa Sehingga RM10 Juta

Scholar Search Kembali Dengan Tawaran Biasiswa Sehingga RM10 Juta

Scholar Search Kembali Dengan Tawaran Biasiswa Sehingga RM10 Juta

Berita baik untuk pelajar lepasan UEC/SPM/STPM! Scholar Search 2019 anjuran Uni Enrol kini kembali ke Kuching dengan tawaran biasiswa bernilai sehingga RM10 juta kepada pelajar-pelajar Sarawak.

Sertai Scholar Search 2019 untuk mendapatkan tawaran biasiswa serta khidmat nasihat tentang kursus dan universiti yang terbaik untuk anda. Anda juga berpeluang mendapatkan diskaun dan bursari eksklusif dalam acara ini.

Tarikh: 11 Nov 2018 (Ahad)
Masa: 8 pagi – 3 petang
Tempat: Chung Hua Middle High 1

Tarikh: 12 Nov 2018 (Isnin)
Masa: 10 pagi – 5 petang
Tempat: Kuching Hokkien Association

Scholar Search Kembali Dengan Tawaran Biasiswa Sehingga RM10 Juta

Kredit: Uni Enrol

Dalam acara Scholar Search pada bulan Jun yang lalu pihak Uni Enrol telah menganugerahkan biasiswa berjumlah RM730,000 kepada pelajar-pelajar Sarawak. Sejumlah 10 orang anak Sarawak telah berjaya menerima biasiswa penuh.

Pada kali ini, pihak Uni Enrol akan bekerjasama dengan beberapa sekolah seperti Chung Hua Middle School 1, 3, dan 4, Kuching Hokkien Association serta beberapa NGO dan 61 universiti tempatan.

Jika berminat, daftarlah hari ini dan pilih slot temu janji di pautan ini: Kuching Scholar Search 2019

Untuk maklumat lanjut sila lawati Facebook page Uni Enrol

Scholar Search Kembali Dengan Tawaran Biasiswa Sehingga RM10 Juta
Kredit: Uni Enrol