Korang dah ready ke dengan kemeriahan bulan Julai ni?
Ini Senarai Event Menarik Sarawak Bulan Julai 2024. Pastinya ada yang menantikan senarai acara menarik untuk bulan Julai ini, bukan? Jangan risau, bulan ini akan penuh dengan pelbagai aktiviti menarik yang menanti anda.
Antaranya termasuk festival kebudayaan, festival makanan, acara sukan, dan banyak lagi. Berikut merupakan senarai event menarik di Sarawak untuk bulan ini :
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-166.png)
1. Kuching Food Festival
Kuching Food Festival adalah acara tahunan yang sangat dinantikan setiap tahun. Untuk tahun ini, pesta makanan terbesar di Kuching ini akan berlangsung dari Jumaat, 26 Julai hingga Ahad, 18 Ogos. Waktu operasinya adalah dari jam 5:00 petang hingga 11:00 malam setiap hari.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-155.png)
Info
Tarikh: 26 Julai hingga 18 Ogos 2024
Lokasi: Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan
2. Upacara Menaikkan Bendera Gergasi
Dataran Ibu Pertiwi, Kuching akan menyaksikan Upacara Menaikkan Bendera Gergasi Sarawak pada 27 Julai 2024, jam 8 pagi. Premier Sarawak akan merasmikannya, diikuti acara meriah sempena Hari Sarawak.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-156.png)
Info
Tarikh: 27 Julai 2024
Lokasi: Dataran Ibu Pertiwi, Dewan Undangan Negeri Sarawak
3. Festival Maal Hijrah
Festival Maal Hijrah Kuching 2024 di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 12-14 Julai. Jualan Rahmah, sukan, ceramah, dan pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-157-1024x929.png)
Info
Tarikh: 12 hingga 14 Julai 2024
Lokasi: Masjid Jamek Negeri Sarawak
4. The Borneo Songwak Water Music Festival
Festival Muzik Air Songwak Borneo buat pertama kali di Kampung Budaya Sarawak (SCV)! Jom sertai dari 26 hingga 28 Julai 2024. Muzik tradisi Sarawak, aktiviti air dan konsep mesra alam menanti anda!
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-158-819x1024.png)
Info
Tarikh: 26 hingga 28 Julai
Lokasi: Kampung Budaya Sarawak
5. RIUH Oha
RIUH Oha! asalnya dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 Jun 2024 di Kuching, Sarawak, Malaysia. Walau bagaimanapun, acara tersebut telah ditangguhkan dan dijadual semula pada 26 hingga 28 Julai 2024.
Antara aktiviti menarik termasuklah persembahan daripada artis tempatan Sarawak, gerai makanan, pameran seni dan kraf, bengkel demonstrasi dan sebagainya.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-160.png)
Info
Tarikh: 26 hingga 28 Julai
Lokasi: Belum ditetapkan
6. Rami Cultural Festival, Miri
Festival Budaya Rami, juga dikenali sebagai RFC, merupakan acara selama 5 hari. Tahun ini, festival ini akan berlangsung dari 17 hingga 21 Julai 2024, di Miri City Fan.
Antara aktiviti menarik adalah persembahan budaya, gerai makanan serta gerai seni dan kraf.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-161-879x1024.png)
Info
Tarikh: 17 hingga 21 Julai 2024
Lokasi: Miri City Fan
7. Funtasy Fun Park, Miri
Funtasy Fun Park menawarkan pelbagai hiburan dan aktiviti untuk semua peringkat umur. Untuk jelajah kali ini, pihak Funtasy Fun Park bakal berlabuh ke Terminal Bas Tudan, Miri dari 27 Jun hingga 14 Julai ini.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-162-1024x576.png)
Info
Tarikh: 27 Jun hingga 14 Julai 2024
Lokasi: Terminal Bas Tudan, Miri
8. Lapa Food Fest, Sibu
Festival makanan yang dinanti-nantikan iaitu Lapa Food Fest bakal memeriahkan Sibu tak lama lagi! Festival ini bakal menjanjikan pengunjung dengan pelbagai pilihan makanan untuk dipilih!
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-163-1024x1024.png)
Info
Tarikh: 3 hingga 7 Julai 2024
Lokasi: Dataran 2, Sibu
9. WAK Sibu
Festival WAK Sibu Satellite yang pertama kali akan diadakan dari 25 hingga 28 Julai di Pusat Warisan Sibu.
Festival ini merupakan anjuran Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan bertujuan untuk mempromosikan seni, budaya dan gaya hidup tempatan, serta meningkatkan pelancongan di Sibu.
Antara aktiviti menarik termasuklah persembahan muzik, pameran seni dan kraf, aktiviti untuk kanak-kanak, peluang untuk penggiat seni dan budaya tempatan menonjolkan bakat mereka dan banyak lagi.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-164-1024x790.png)
Info
Tarikh: 25 hingga 28 Julai
Lokasi: Sibu Heritage Centre
10. Kapit Raft Safari
Safari Rakit Baleh-Kapit yang ke-27 akan diadakan pada 12-14 Julai. Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini menjanjikan pengembaraan mendebarkan menyusuri sungai Baleh sambil menikmati keindahan alam semula jadi Sarawak.
Lebih menarik lagi, festival ini turut menampilkan pertandingan perahu berhias yang pastinya akan memeriahkan suasana. Para peserta akan bertungkus lumus menghias rakit mereka dengan penuh kreativiti, sekali gus mempamerkan budaya dan warisan unik Sarawak.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-165.png)
Info
Tarikh: 12 hingga 14 Julai 2024
Lokasi: Sungai Kain ke Sungai Baleh, Kapit