Kenaikan gaji selepas pembentangan belanjawan hujung tahun ini
Gaji Baharu Penjawat Awam Sarawak, Abang Jo Tunggu Perincian Dari Kerajaan Persekutuan. Jumlah kenaikan gaji penjawat awam di Sarawak bakal diumumkan selepas pembentangan Belanjawan Negara, demikian dinyatakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Menurut beliau, Kerajaan Negeri Sarawak sudah mempunyai perincian yang lengkap serta sudah bersedia untuk melaksanakan kenaikan gaji tersebut. Namun, pelaksanaannya perlu selari dengan kenaikan gaji yang akan diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan.
![Gaji Baharu Penjawat Awam Sarawak, Abang Jo Tunggu Perincian Dari Kerajaan Persekutuan](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-92-1024x600.png)
“Sebenarnya kita sudah sedia tetapi kita tidak tahu perinciannya, kerana apa yang diumumkan Perdana Menteri bergantung kepada bajetnya. Beliau akan umum waktu bajet, jadi saya terpaksalah tunggu bajet mereka,” kata Abang Johari.
Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan lepas, Premier Sarawak mengumumkan bahawa satu kajian terperinci telah dijalankan mengenai pelarasan gaji agar ia lebih kompetitif. Kajian ini bertujuan memastikan gaji penjawat awam negeri adalah setimpal dengan tugas dan tanggungjawab mereka serta mengikut kekuatan kewangan kerajaan Sarawak.
![Gaji Baharu Penjawat Awam Sarawak, Abang Jo Tunggu Perincian Dari Kerajaan Persekutuan](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-93-1024x562.png)
Menurut beliau, hasil kajian tersebut akan diumumkan selepas perincian pelarasan gaji yang akan dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan.
Pengumuman ini dijangka akan memberi kesan besar kepada penjawat awam di Sarawak yang telah lama menantikan kenaikan gaji bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Keputusan akhir akan diketahui setelah Belanjawan Negara dibentangkan dan perincian rasmi diumumkan oleh Perdana Menteri.