Mula-mula ingatkan buaya tu betul-betul masuk bot secara sukarela.
Ingatkan Meme, Gambar Buaya Tular Naik Bot Ini Rupanya Bangkai Buaya Ditemui Di Bako. Baru-baru ini, tular gambar seekor buaya di media sosial yang kelihatan seperti sedang menaiki bot dengan bantuan beberapa orang lelaki di atas bot berkenaan.
Meme tersebut kemudiannya mendapat perhatian daripada netizen di mana rata-ratanya berasa geli hati dengan meme tersebut.

Perbualan di antara buaya serta bg Lan
Dalam meme tersebut ada perbualan di antara buaya serta orang yang di dalam bot berkenaan. Perbualan tersebut berbunyi seperti ini (perbualan telah diterjemah daripada bahasa Melayu Sarawak ke bahasa Melayu):
Buaya : Aku tak boleh lah menyelam dekat sini. Air dia masin sangat, pedih mata aku.
Bg Lan : Tak patut, kau kan buaya.
Buaya. : Aku lain… buaya educated. Nyelam dekat air terjun baru tak pedih mata.
Bg Lan : Naik pun lambat jugak. Cuba cepat sikit
Buaya. : Bot ni tinggi sangatlah. Cuba buat bot rendah sikit.
Bg Lan : Ehhh naik lagi kau tu. Banyak songgeh jugak kau ni.
Buaya : Kamu nanyeakkk???
Bg Lan : Nanyak, nanyak. Kau aku tembak kang
Buaya : Alaa asyik nak marah-marah je. Memang tak boleh bawak gurau. Eleklah owww..
Perbualan buaya dengan bg Lan bersama buaya tersebut dikongsi sebanyak 2.5K kali di Facebook.

Bangkai buaya tersangkut dalam pukat
Namun kisah sebenar di sebalik gambar tersebut adalah buaya 12 kaki itu merupakan bangkai buaya jantan yang ditemui mati di perairan Taman Negara Bako.
Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam kenyataannya di dalam Facebook berkata bangkai itu ditemui tersangkut dalam pukat yang dipasang oleh penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan Taman Negara Bako tersebut.
Mayat buaya jantan itu dianggarkan sepanjang 12 kaki dan seberat sekitar 150 kilogram ditemui tersangkut dalam pukat penduduk di Teluk Asam berhampiran Taman Negara Bako. SFC kemudiannya melupuskan bangkai buaya tersebut di kawasan anak Sungai Bako, selain mengambil spesimen bagi tujuan forensik.

Sisa buangan makanan dibuang jadi faktor utama buaya datang menghampiri
Dalam masa yang sama, SFC berkata faktor utama buaya datang menghampiri kawasan rumah yang berdekatan dengan sungai adalah disebabkan sisa buangan makanan. Oleh itu, penduduk kampung dinasihati untuk tidak membuang sampah terutamanya sisa makanan berhampiran kawasan rumah.
Jika anda mempunyai maklumay mengenai pihak yang menangkap, memburu, berniaga atau memelihara hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, anda boleh membuat laporan di talian hotline SFC Kuching 019-8859996, 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu) atau 019-8290994 (Miri).