Individu tidak mahu hantar anak ke sekolah berasrama penuh kerana takut anaknya tersungkur ke jalan yang sesat, iaitu LGBTQ
Jadi Lubuk LGBTQ, Ramai Ibu Bapa Mula Elak Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama Penuh. Baru-baru ini, kebanyakan ibu bapa mula berwaspada dan berhati-hati untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama kerana bimbang pengaruh sosial yang semakin teruk.
Menurut laporan, pada masa kini, golongan muda lebih terdedah kepada pengaruh media sosial, termasuk penglibatan dalam dunia golongan Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT).
Bagaimanapun, menerusi perkongsian pengarah urusan sebuah syarikat, Fahdi Ghazali di laman TikTok, dia menceritakan pengalaman seorang rakan yang enggan menghantar anak ke sekolah berasrama penuh kerana menyaksikan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
![Jadi Lubuk LGBTQ, Ramai Ibu Bapa Mula Elak Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama Penuh](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/09/101600w8filxl98480vqg8.png)
“Kawan saya doktor bagitahu dia tak akan masukkan anak-anak dia ke sekolah asrama penuh. Saya terkejut sebab kawan saya ni asalnya dari sekolah asrama penuh. Dia kata sekarang semuanya berbeza.
“Anak-anak kita sekarang terdedah dengan dunia luar. Contohnya LGBT sebenarnya sudah meresap ke dalam anak-anak kita tapa sedar. Sebab mereka selalu tengok video-video.
“Kalau mereka terjebak dari awal, mereka susah nak kikis benda tu bila mereka dah tua,” pesannya menerusi perkongsian video di TikTok.
Ibu bapa harus memainkan peranan yang penting dalam hal ini
Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa ibu bapa harus memainkan peranan sewajarnya dengan memantau pergerakan serta aktiviti anak-anak termasuklah ketika mereka berada di rumah.
“Jadi jaga-jaga tengok anak-anak kita tengok apa. Apa yang berlaku kebobrokan (kehancuran) masyarakat akan bermula dan dia bermula dengan serius,” ujarnya lagi.
Perlu ada persiapan untuk elak anak terjerumus dalam golongan itu
Selain itu, Fahdi sempat bertanya dengan rakannya mengenai persiapan yang perlu dilakukan untuk anak-anak mengelak perkara tersebut berlaku.
![Jadi Lubuk LGBTQ, Ramai Ibu Bapa Mula Elak Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama Penuh](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/09/220627131036-01-parents-lgbtq-mental-health-support-wellness-top-1024x576.jpg)
“Sudah tiba masanya untuk penuhkan dada mereka dengan apa yang Islam ajar. Suruh mereka pandai silaturahim, jangan duduk dalam bubble sorang-sorang, selalu bercakap dengan yang lain.
“Selain itu, pastikan mereka dekat dengan agama,hantar ke sekolah agama peringkat awal ni supaya mereka tahu halal dan haram,” terangnya.
Netizen turut bersetuju dengan pandangan tersebut
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan pendapat atau kenyataan tersebut, malah segelintir netizen turut berkongsi kisah anak-anak mereka setelah dihantar ke sekolah berasrama.