Sambungan paip haram oleh penghuni setinggan
Jabatan Air Sabah Potong 24 Paip Sambungan Haram Di UMS. Jabatan Air Sabah (JANS) hari ini memotong 24 sambungan paip air haram oleh penghuni setinggan secara terus dari paip utamanya berhampiran Kampung Suang Parai, Sepanggar, kata Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya.
Malah, beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri menjelaskan sambungan paip haram itu juga merupakan antara punca bekalan air ke takungan utama di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terjejas.
![Jabatan Air Sabah Potong 24 Paip Sambungan Haram Di UMS](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-88.png)
JANS telah menghantar penguat kuasanya untuk membanteras kegiatan itu petang ini dan akan sentiasa memantau keadaan hingga skim vendor (pembekalan air kepada penghuni setinggan) dilaksanakan sepenuhnya di beberapa kawasan yang dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syabas Jabatan Air Sabah
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-89.png)
Kelmarin, Shahelmey berkata Kementerian Kerja Raya Sabah sedang dalam proses menstabilkan tekanan air bagi memastikan bekalan air stabil di semua kawasan di negeri ini.