Boleh menyebabkan keracunan makanan yang kronik
Jumpa Telur Lalat ‘Berkampung’ Pada Sate, Perkongsian Wanita Ini Buat Warga Kuching Geli-geliman. Sebut sahaja telur lalat pasti ramai dalam kalangan kita yang tahu bahawa ini merupakan salah satu penyebab kepada keracunan makanan. Bukan sahaja menyebabkan keracunan makanan malah lihat sahaja ada telur ini pada makanan sudah cukup membantutkan selera kita. Menggelikan bukan?

Tidak dapat dibayangkan kalau tiba-tiba terjumpa telur ini pada makanan lagi-lagi dalam keadaan lapar. Terbaharu, tular di laman sosial Facebook apabila seorang wanitamendakwa terjumpa telur lalat pada makanan yang dibeli beliau.
Dibeli di gerai tepi jalan
Dalam perkongsian itu, beliau mendakwa telah menjumpai telur lalat ‘berkampung’ pada sate yang dibeli beliau di gerai tepi jalan.
Tidak dapat dibayangkan perasaan wanita ketika itu. Lihat pada perkongsian itu pun sudah sangat menggelikan.

Bukan itu sahaja, beliau juga mendakwa sate yang dibelinya itu sudah pun berbau basi. Beliau menjangka sate tersebut sudah pun dipanaskan berkali-kali oleh penjual itu kerana tekstur sate itu dikatakan keras dan agak liat.
Walhal, jika difikirkan logik tekstur hati ayam sepatutnya lembut tetapi akibat dipanaskan berkali-kali teksturnya menjadi keras.
Tambahnya, tahi lalat itu dilihat sudah pun kering kerana dipanaskan semula.
Ini reaksi netizen
Namun, dalam perkongsian itu juga beliau mendedahkan hantarannya itu bukan berniat untuk menjatuhkan ‘periuk nasi’ penjual tersebut. Sebaliknya, beliau kecewa dengan tahap kebersihan dan sikap sekadar menggaut keuntungan daripada peniaga itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa geli dengan kejadian tersebut. Paling menyedihkan, ada segelintir netizen berkongsi kejadian sama semasa membeli makanan di gerai itu.

Berkongsi kisah yang sama, ada yang mendakwa mereka ‘terkena’ dengan sate yang sudah pun basi dan berlendir.

Ada juga yang berpesan untuk lebih berhati-hati apabila membeli makanan di gerai tepi jalan.
