Keputusan MyAirlines mohon batal saman
Keputusan MyAirlines Mohon Batal Saman RM 17.7 Juta Dari Malaysia Airports Diputuskan 16 Ogos Ini. Dilaporkan abahawa, keputusan permohonan MYAirline Sdn Bhd membatalkan saman difailkan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd bagi menuntut syarikat itu membayar RM17.7 juta gara-gara kegagalannya menyelesaikan caj perkhidmatan lapangan terbang, akan diputuskan pada 16 Ogos tahun ini.
Menurut Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong tarikh berkenaan ditetapkan setelah mendengar hujahan daripada peguam Nesema Jalaludheen mewakili MYAirline dan peguam Shannon Rajan mewakili Malaysia Airports (Sepang) serta Malaysia Airports Sdn Bhd selaku plaintif.
![Keputusan MyAirlines Mohon Batal Saman RM 17.7 Juta Dari Malaysia Airports Diputuskan 16 Ogos Ini](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-167-1024x682.png)
MYAirline telah memfailkan permohonan
Pada 24 Nov tahun 2023, MYAirline telah memfailkan permohonan tersebut atas alasan plaintif perlu menggunakan satu mekanisme penyelesaian pertikaian seperti dinyatakan dalam Seksyen 74 hingga 78 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 sebelum memfailkan saman tersebut.
Oleh demikian, tindakan plaintif adalah tidak sah atau pramatang kerana mereka tidak mematuhi serta tidak menggunakan mekanisme penyelesaian pertikaian tersebut.
Dikatakan juga bahawa, kedua-dua plaintif membantah permohonan berkenaan kerana mekanisme penyelesaian di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia tidak terpakai untuk perkara itu.
Kedua-dua plaintif juga turut memfailkan permohonan untuk mendapatkan penghakiman terus pada 9 Nov 2023, atas alasan wang dituntut daripada defendan masih terkumpul dan terhutang selain defendan tidak mempunyai sebarang pembelaan terhadap tindakan saman tersebut.
![Keputusan MyAirlines Mohon Batal Saman RM 17.7 Juta Dari Malaysia Airports Diputuskan 16 Ogos Ini](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-168.png)
Malaysia Airports (Sepang) dan Malaysia Airports Sdn Bhd selaku plaintif
Sebelum ini, Malaysia Airports (Sepang) dan Malaysia Airports Sdn Bhd selaku plaintif telah memfailkan saman itu pada 18 Okt 2023, dengan mendakwa MYAirline sebagai defendan gagal membayar enam jenis caj perkhidmatan kepada kedua-dua plaintif yang keseluruhannya berjumlah RM17,747,553.02.
Dakwanya, caj tertunggak yang perlu defendan selesaikan adalah perkhidmatan penumpang (PSC) dan perkhidmatan keselamatan penumpang (PSSC) berjumlah RM10,863,478.90, pendaratan (RM5,445,555,45), tempat letak pesawat (RM176,017.92), aerobridge (RM655,760), kaunter daftar masuk (RM267,367) dan pembayaran lewat (RM339,373.72).
Plaintif juga mendakwa defendan tidak pernah mempertikaikan kandungan invois dan penyata akaun dikeluarkan syarikat penerbangan itu dalam masa 30 hari.
Oleh itu, plaintif menuntut defendan antaranya membayar caj tertunggak berjumlah RM17,747,553.02 kepada syarikat penerbangan itu khususnya RM9,111,402.94 kepada plaintif pertama dan RM8,636,150.08 kepada plaintif kedua, ganti rugi am dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.