Sultan Selangor dan Perak antara tetamu kenamaan RWMF tahun ini
Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun. Kerabat Diraja Selangor dan Perak dijangka hadir sebagai tetamu istimewa atau VVIP pada Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024 yang akan berlangsung dari 28 hingga 30 Jun ini di Kampung Budaya Sarawak.
Menurut sumber, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, berkata festival tahunan yang memasuki tahun ke-27 itu akan menampilkan barisan artis dan pemuzik antarabangsa terkenal sekali gus menarik kehadiran ramai dengan tetamu kenamaan.
![Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/15-facts-about-rainforest-world-music-festival-1692325938-1024x445.jpg)
Beliau menjelaskan bahawa Sultan Selangor dijangka hadir, manakala Sultan Perak berkemungkinan akan turut menyertai festival tersebut. Selain itu, duta-duta juga dijangka akan menghadiri festival kali ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak, Sharzede Salleh Askor menegaskan walaupun RWMF adalah acara bukan protokol, keselamatan tetap menjadi keutamaan dengan kehadiran unit protokol dan polis untuk memantau persekitaran.
![Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/RWMF2024-Poster.webp)
Beliau menambah bahawa pengawal anjing juga akan berkawal seperti tahun-tahun sebelumnya untuk memastikan keselamatan pengunjung festival.
Sharzede turut mendedahkan bahawa kerja-kerja menaik taraf di Kampung Budaya Sarawak (SCV) sudah siap untuk mengadakan acara tersebut.