Tujuan Sultan dan Tengku Permaisuri adalah untuk menghadiri RWMF 2024
Kerabat Diraja Selangor Dan Permaisuri Agong Selamat Berangkat Tiba Di Kuching. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada hari ini, menurut laporan dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Baginda berdua sampai pada pukul 11.55 pagi dan disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar bersama isterinya Puan Sri Datin Amar Fatimah Iskandar. Turut hadir ialah isteri Timbalan Premier Sarawak, Datin Amar Enn Ong Siok Ean dan beberapa orang kenamaan lain.
Tujuan lawatan Baginda adalah untuk menyaksikan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang akan berlangsung pada Jumaat, Sabtu dan Ahad di Kampung Budaya Sarawak.
Selain itu, Baginda berdua juga akan mencemar duli melawat Muzium dan Galeri Tun Jugah Foundation pada pagi Sabtu. Dijangkakan Baginda berdua akan bertolak pulang menggunakan pesawat khas pada 30 Jun.
Manakala, tujuan Raja Zarith Sofiah adalah untuk menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Bahkan, Raja Zarith Sofiah dalam lawatan baginda yang julung kalinya ke Sarawak ini, dijadual menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) esok.
Pada sebelah malam esok pula, Raja Zarith Sofiah dijadual menghadiri Majlis Santapan Negeri di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada jam 8 malam.