• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kisah Misteri Bersejarah Mayat Bangsawan Melanau, Filem Sumpahan Jerunei Bakal Ditayangkan Tahun Ini

Oleh
Nazihah AN
16 Ogos 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Kisah Misteri Bersejarah Mayat Bangsawan Melanau, Filem Sumpahan Jerunei Bakal Ditayangkan Tahun Ini

Wah, memang lain macam industri perfileman Malaysia kita!

Kisah Misteri Bersejarah Mayat Bangsawan Melanau, Filem Sumpahan Jerunei Bakal Ditayangkan Tahun Ini. Masih ingatkah anda dengan filem produksi filem sejarah yang berkisarkan tentang misteri Jerunei pada dua tahun yang lalu? Dengar-dengar filem seram ini bakal ditayangkan pada tahun ini setelah 2 tahun ditunda tayangannya.

Isi Isi Penting
  • Wah, memang lain macam industri perfileman Malaysia kita!
  • Jerunei the untold story yang tidak pernah diceritakan dalam sejarah
  • Dengan harapan, ianya dapat menjadi filem ‘box office’!
  • Filem lakonan Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip dan banyak lagi!
  • Selain filem Sumpahan Jerunei, Filem Janet juga bakal ditayangkan pada tahun ini! Baca selanjutnya:

Bagi masyarakat Melanau, anda mesti tahu dengan sejarah Jerunei di Kampung Tellian Mukah kan? Jika dikaji dengan lebih mendalam lagi, ianya sangatlah menarik kerana ia menceritakan sejarah, adat dan kepercayaan bagi kaum melanau ini.

Kalau anda nak tahu apa yang membuatkan filem ini lain daripada yang lain ialah, ianya memaparkan tentang sejarah silam kaum Melanau yang penuh misteri terutama berkaitan dengan adat pengebumian golongan bangsawan Melanau dengan Jerunei. Menarik bukan?

Kisah Misteri Bersejarah Mayat Bangsawan Melanau, Filem Sumpahan Jerunei Bakal Ditayangkan Tahun Ini

Jerunei the untold story yang tidak pernah diceritakan dalam sejarah

Jerunei adalah salah satu lambang yang bersejarah bagi masyarakat Melanau. Jerunei telah dijadikan tempat persemadian orang-orang bangsawan Melanau pada masa dahulu tetapi tidak lagi diamalkan pada masa sekarang.

Hal ini kerana masyarakat sekarang lebih bertamadun berbanding dengan masyarakat zaman dahulu. Ramai yang menjadi korban daripada pembinaan Jerunei ini. Jerunii hanya diperbuat daripada kayu belian yang besar dan cukup tua kerana kayu jenis ini tahan lama kepada cuaca panas dan hujan hingga ratusan tahun.

Pada tiang jerunai, dikorek dua atau tiga lubang. Lubang di bahagian bawah dan tengah dikhaskan untuk menempatkan mayat atau rangka tulang si mati dan barangan bernilai sebagai bekalan di alam lain. Sementara, lubang di bahagian atas dikhaskan kepada hamba abdi atau orang-orang yang dipilih khas oleh si mati sewaktu hidupnya.

Di bahagian luar tiang jerunai biasanya dilakar indah ukiran bermotifkan binatang seperti naga, harimau, ular, tikus dan sebagainya tertakluk kepada kedudukan pemiliknya. 

Kisah Misteri Bersejarah Mayat Bangsawan Melanau, Filem Sumpahan Jerunei Bakal Ditayangkan Tahun Ini. Sumber: Facebook

Dengan harapan, ianya dapat menjadi filem ‘box office’!

Perbezaan yang dibawakan filem Sumpahan Jerunei bukan sekadar mengenai kisah seram, tetapi dalam masa sama mahu menjadikannya sebagai sebuah naskhah yang mampu menjadi rujukan buat rakyat di negara ini terhadap legasi satu masyarakat di Sarawak.

Filem yang berlatar belakangkan sejarah penting ini diharapkan dapat meraih perhatian masyarakat Malaysia sebagai satu representasi sejarah penting Jerunei ke layar perak.

Kisah Misteri Bersejarah Mayat Bangsawan Melanau, Filem Sumpahan Jerunei Bakal Ditayangkan Tahun Ini. Sumber: Instagram

Filem lakonan Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip dan banyak lagi!

Mengangkat ke layar perak sejarah silam kaum Melanau yang penuh misteri terutama berkaitan dengan adat pengebumian golongan bangsawan Melanau dengan jerunei, filem arahan Jason Chong ini dibintangi oleh kombinasi pelakon hebat sepeti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, dan banyak lagi!

Walaupun belum official trailer, mari kita lihat scene-scene yang mendebarkan di bawah ini!

Sebenarnya telah dikhabarkan bahawa filem tersebut bakal ditayangkan pada tahun lepas, namun akibat penularan wabak COVID-19, tayangan filem ini telah ditunda sehingga ke tahun hadapan menurut Tony Eusoff dalam posting beliau di Instagramnya.

View this post on Instagram

A post shared by Tony Eusoff (@tonyeusoff)

Begitu juga dengan salah seorang pelakon hebat kita dalam filem ini, Yuyun Hikmah juga telah memberitahu di ruangan komen beliau bahawa filem ini bakal ditayangkan apabila panggung wayang dibuka semula. Amin, semoga dipermudahkan semuanya! Min dah tak sabar nak tengok hehee

View this post on Instagram

A post shared by YUYUN Hikmah (@yuyunhkmah)

Perbezaan yang dibawakan filem Sumpahan Jerunei bukan sekadar mengenai kisah seram, tetapi dalam masa sama mahu menjadikannya sebagai sebuah naskhah yang mampu menjadi rujukan buat rakyat di negara ini terhadap legasi satu masyarakat di Sarawak.

Selain filem Sumpahan Jerunei, Filem Janet juga bakal ditayangkan pada tahun ini! Baca selanjutnya:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bukan Pos Laju! Penamatan Penghantaran Udara Ke Sabah Sarawak Rupanya Hanya Untuk Pos Domestik
Next Article Demi Cari Capaian Internet, Seorang Wanita Tercetuskan Kluster COVID-19 Di Sabah Gara-Gara Cari Capaian Internet, Seorang Wanita Jadi Punca Kluster Baru Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?