Jarum suntikan antara barang yang dilaporkan hilang
Klinik Kesihatan Padawan Dipecah Masuk, Pencuri Bawa Lari Jarum Suntikan. Klinik ibu dan anak di Kota Padawan menjadi sasaran pecah masuk dalam satu kejadian yang berlaku baru-baru ini. Beberapa barangan perubatan dan elektrik dilaporkan hilang termasuk jarum suntikan.
Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada klinik tersebut, seorang pelaku dilihat melakukan jenayah tersebut. Suspek dikatakan turut merosakkan mesin pengimbas ibu mengandung dan mencuri beberapa barang lain.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/IMG_0084-1024x768.jpeg)
Antara barangan yang turut dilarikan adalah dua tong gas, sebuah kipas, dan pelbagai peralatan elektrik lain. Tidak terkecuali, mi segera juga menjadi sasaran pelaku dalam kejadian ini.
Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan kini sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes pecah masuk klinik ini. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti dan menahan suspek.
Setakat ini, tiada laporan rasmi dikeluarkan oleh daripada pihak polis mengenai perkembangan terkini kes ini.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/IMG_0086.webp)
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk tampil membantu pihak polis dalam usaha mereka mengesan suspek yang terlibat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi IPD Padawan untuk membantu siasatan lanjut.