• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lelaki Halang Tugas Polis Iring TYT Sarawak Di KL Di Jel 12 Hari

Oleh
ILB - AI
10 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Lelaki Halang Tugas Polis Iring TYT Sarawak Di KL Di Jel 12 Hari

Seorang pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan bangunan dipenjara 12 hari

Lelaki Halang Tugas Polis Iring TYT Sarawak Di KL Di Jel 12 Hari. Padah halang tugas polis yang mengiringi konvoi Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan memandu secara berbahaya, seorang pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan bangunan dipenjara 12 hari dan denda RM10,000 oleh dua Mahkamah Majistret berasingan di Kuala Lumpur pada Selasa.

Erdy Errwan Hamdan, 36, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar dan Aina Azahra Arifin.

Lelaki Halang Tugas Polis Iring TYT Sarawak Di KL Di Jel 12 Hari
Lelaki Halang Tugas Polis Iring TYT Sarawak Di KL Di Jel 12 Hari/ Gambar: SINAR HARIAN

Bagi pertuduhan menghalang tugas anggota polis, bapa kepada dua anak itu dipenjara lima hari bermula Selasa, denda RM7,000 atau dipenjara lima bulan serta hilang kelayakan memegang/ mendapatkan lesen memandu tidak kurang tempoh lima tahun daripada sabitan.

Bagi pertuduhan memandu secara berbahaya, dia dipenjara tujuh hari daripada tarikh tangkap (Sabtu) dan denda RM3,000 atau dipenjara tiga bulan.

Mengikut pertuduhan, Erdy Errwan didakwa sebagai pemandu kereta Honda Civic berwarna kuning, telah memandu secara melulu dan sengaja menghalang Lans Koperal Mohd Azwar Iqbal Chinang daripada menjalankan fungsi rasminya iaitu tugas mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Kesalahan dilakukan di Lebuh Raya Sultan Iskandar, Dang Wangi di sini pada jam 10 dan 11.30 malam, 6 Mei lalu.

Bagi kesalahan memandu secara merbahaya, dia dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Sementara bagi kesalahan menghalang penjawat awam, dia didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Norazman dan Pegawai Pendakwa Mahkamah Trafik Kuala Lumpur, Inspektor Abdullah Khazali sebelum itu memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, Erdy Errwan yang tidak diwakili peguam, merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan sudah insaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.

“Dengan gaji RM1,600 hingga RM1,700 sebulan, saya perlu menanggung isteri dan dua anak berusia enam serta tiga tahun selain bapa saya baru sahaja meninggal dunia,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, semasa pihak polis mengiringi konvoi melalui Lebuh Raya Sultan Iskandar ke susur keluar Jalan Tunku Abdul Halim, sebuah kereta Honda Civic dari arah belakang dipandu secara melulu di lorong kiri jalan sehingga menyebabkan berlaku pergeseran dengan sebuah lagi kenderaan lain.

Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka berdurasi 0.53 minit, kereta Honda Civic bergerak dengan laju dan memintas konvoi melalui laluan kecemasan di kiri jalan serta mengabaikan isyarat oleh juruiring supaya keluar dari laluan.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan seorang pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan bangunan direman empat hari bagi membantu siasatan kes mengganggu tugas anggota polis yang sedang mengiring orang kenamaan, di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala susur masuk Jalan Sultan Abdul Halim di sini pada Jumaat.

Baca juga artikel lain :





SUMBER :SINAR HARIAN
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pekerja J&T Serang Lelaki Tak Siuman Guna Mercun Di Bandar Baru Samariang, Kini Tampil Minta Maaf
Next Article Tahniah! Atlet Terjun Sarawak Ini Berjaya Raih Pingat Perak Sukan SEA Hanoi 2022 Tahniah! Atlet Terjun Sarawak Ini Berjaya Raih Pingat Perak Sukan SEA Hanoi 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?