in

Domino’s Pizza Yang Pertama Di Borneo Bakal Dibuka Di Kota Kinabalu!

Ya, ianya akan dibuka di T1 Bundusan, Beverly Hills

Domino's Pizza Yang Pertama Di Borneo Bakal Dibuka Di Kota Kinabalu!
222 Shares

Domino’s Pizza Yang Pertama Di Borneo Bakal Dibuka Di Kota Kinabalu!

Sebelum ini kecoh dikatakan bahawa Domino’s Pizza yang pertama di Borneo akan dibuka di Kuching, namun viral di media sosial beberapa hari yang lepas mengenai gambar cawangan Domino’s Pizza yang hampir siap di T1 Bundusan, Beverly Hills Kota Kinabalu

Baca : Dominos Pizza Akan Buka Cawangan Di Sabah Dan Sarawak, Di Kuching Dan KK

Domino's Pizza Yang Pertama Di Borneo Bakal Dibuka Di Kota Kinabalu!

Terletak di pusat komersil yang baru di Jalan Bundusan, Domino’s Pizza dijangkan membuka cawangan mereka tidak lama lagi. Beberapa buah restoran dan cafe yang lain juga dijangka akan dibuka tidak lama lagi.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura pernah berkata bahawa mereka merancang untuk membuka 30 buah cawangan baru pada tahun 2018 dengan kos sebanyak 15 Juta.

” Ketika ini kami mempunyai 210 cawangan di Malaysia dan kami akan memasuki pasaran Sabah dan Sarawak tahun depan, terutamanya di Kuching dan Kota Kinabalu ” kata beliau kepada wartawan ketika majlis pelancaran produk terbaru dominos pozza, Cheese Tarik Crust beberapa bulan yang lepas.

Masih belum dapat dipastikan tarikh sebenar Domino’s Pizza Kota Kinabalu untuk mula beroperasi tetapi berdasarkan renovasi yang dilakukan, ianya dijangkan akan dibuka tidak lama lagi.

Anda excited? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

 

222 Shares

5 Tempat Makan Menarik Yang Anda Mesti Cuba Jika Ke Bintulu

5 Tempat Makan Menarik Yang Anda Mesti Cuba Jika Ke Bintulu

Event menarik Pada Bulan Ogos Di Sarawak

Event menarik Pada Bulan Ogos Di Sarawak