in

Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching

Fuh meleleh.

Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching
155 Shares

Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching

Salah satu keunikan yang terdapat di Kuching adalah akses kepada makanan tradisional Sarawak, walaupun Kuching adalah bandaraya yang pesat membangun. Masih terdapat beberapa restoran dan gerai yang memfokuskan jualan makanan tradisional Sarawak. Sekiranya anda rasa ‘craving’ untuk makan ayam pansuh, umai, linut, tumpik dan sebagainya ini adalah 4 restoran yang anda boleh cuba :

1. Lepau Restaurant

Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching

Lepau terletak di Jalan Ban Hock, bersebelahan dengan Hotel Supreme. Mereka menyediakan makanan urang ulu,dayak dan juga makanan makanan lain yang terkenal di Sarawak.

Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching

Lepau amat sesuai bagi anda yang inginkan makanan dan suasana yang unik. Mereka juga menyediakan masakan ikan semah, namun anda perlu tempat terlebih dahulu sekiranya ingin memakan ikan tersebut.

Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching

Bagi anda yang sedang melancong di Kuching, Lepau adalah restoran yang betul betul berada di tengah bandar. Jadi tidak sukar bagi anda mencarinya. Lokasi Lepau adalah seperti peta dibawah :

2. My Village Barok

Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching

My Village Barok merupakan restoran yang agak terkenal kerana lokasi nya yang boleh diakses menggunakan penambang dari waterfront. Sekiranya anda ke restoran ini, anda akan dapat melihat ayam pansuh dimasak menggunakan buluh di kawasan luar restoran ini.

Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching

Sekiranya anda bertandang ke sini, jangan lupa untuk mencuba Ayam Pansuh mereka. Harga yang ditawarkan juga mampu milik untuk orang biasa.

Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching

Selain itu, linut dan umai juga dihidangkan di sini. Menu di sini adalah lengkap bagi anda yang mengidam makanan tradisional Sarawak.

Lokasi My Village Barok adalah seperti dibawah :

3. Tumpik Botak @ Xing Xing Cafeteria Matang 

Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching

Tumpik adalah makanan yang berasal daripada sagu dan juga kelapa. Ala ala lempeng, macam yes tapi bukan.

Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching

Disebabkan cheese di dalam/di atas makanan adalah perkara biasa, jadi Tumpik tidak terlepas dari pengaruh peredaran zaman. Menarik untuk anda cuba.

Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching

Lokasi Tumpik Botak ini adalah seperti di bawah :

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lupa untuk pergi ke restoran restoran ini dan ajak kawan kawan anda sekali!

155 Shares

7 Perkara Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu

7 Perkara Menarik Untuk Dilakukan Di Kota Kinabalu

Dari Jesselton Ke Kota Kinabalu, Ini Ringkasan Sejarah Nama Kota Kinabalu

Dari Jesselton Ke Kota Kinabalu, Ini Ringkasan Sejarah Nama Kota Kinabalu