fbpx
Home Tempat Makan Kilang Kopi Yit Foh Tumpuan Pelancong Ke Tenom

Kilang Kopi Yit Foh Tumpuan Pelancong Ke Tenom

Kilang Kopi Yit Foh Tumpuan Pelancong Ke Tenom

Apabila sampai di Tenom perkara pertama yang akan bermain di fikiran ialah kopi. Kopi di sini sangat terkenal dengan kesedapannya yang tersendiri. Kilang Kopi Yit Foh

Setiap hari, aroma kuat kopi menyelubungi pekan Tenom berpunca daripada beberapa kilang pemprosesan sekitar pekan itu yang biasanya memasak biji kopi bermula pada awal pagi hingga tengah hari. Bau kopi segar itu pasti membangkitkan keinginan untuk menikmati kopi Tenom yang cukup popular bukan saja di Sabah, malah pengunjung dari Sarawak, Semenanjung dan Brunei, selain menarik perhatian pengunjung mendekati asal usul produk terbabit yang kini dijadikan tarikan pelancongan daerah berkenaan.

Jika anda ingin membeli kopi dengan harga murah untuk dijadikan buah tangan boleh datang ke kilang ini. Anda pasti akan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Kini, produk kopi Tenom memasuki pasaran Brunei dan Semenanjung, selain dijadikan buah tangan pelancong dari serata dunia dan menjadi produk kopi pilihan utama kebanyakan hotel dan resort di Sabah.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kopi yang terkenal di Tenom apabila anda berkungjung ke Sabah. Rasailah keenakkan kopi yang pasti tiada di tempat lain.

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 3 Km, Jalan Tenom-Sapong, Kampung Chinta Mata, Sabah, 89908 Tenom.
  • Nombor Telefon : 087-735 657  
  • Waktu Operasi : 8:00 a.m – 5:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

Membeli Kopi

Anda dapat membeli pelbagai kopi teno disini dengan harga yang lebih murah daripada pasaran. Terdapat banyak kopi yang dijual, antaranya kopi kosong, kopi gula, kopi susu dan white coffee.

Penginapan yang Ada

Pihak Kilang Yit Foh telah menyediakan homestay yang sangat cantik dan indah. Anda boleh sewa disini sekiranya ingin bermalam di Tenom.

Tempat Makan

Disini juga disediakan restauran kepada pengunjung. Anda boleh menikmati makanan western yang pasti sangat enak. Selain itu, anda boleh cuba kopi tenom di sini.

Ikuti Kami Untuk Lebih Banyak Cerita Menarik

26,648FansLike
2,284FollowersFollow
107SubscribersSubscribe