in

Kopi Menarik Ala Turki Di Kuching Yang Anda Mesti Cuba

Kopi Menarik Ala Turki Di Kuching Yang Anda Mesti Cuba
4.2K Shares

Kopi Menarik Ala Turki Di Kuching Yang Anda Mesti Cuba

Jika anda penggemar kopi, anda semestinya sentiasa mencari port-port kopi yang berada di sekitar anda. Bagi anda yang berada di Bandaraya Kuching, anda boleh mencuba Belalak Addicted Coffee yang terletak di Jalan Dagok. Anda juga boleh menonton video di bawah untuk melihat proses kopi ini dibuat.

Belalak Addicted Coffee menyediakan pelbagai pilihan kopi yang dimasak dengan cara ala turki iaitu diletakkan di dalam satu bekas besi, dipanaskan di atas pasir dan kemudiannya dihidangkan kepada pelanggan.

Terdapat pelbagai variasi kopi yang ditawarkan, iaitu :

  1. Kopi Kos ( Kopi Kosong )
  2. Kopi Sus ( Kopi Susu )
  3. Kopi Pong ( Kopi + Gula Apong )
  4. Kopi Let ( Kopi + Coklat )
Kopi Let Ais.

Mereka juga menghidangkan hidangan minum petang seperti cucur udang yang rangup untuk dipadankan dengan kopi pilihan anda.

Jadi sekiranya anda seorang peminat kopi yang setia, anda harus mencuba kopi di Belalak Addicted Coffee ini.

Masa operasi mereka adalah dari pukul 1 petang sehingga 6 petang setiap hari dan mereka tutup pada hari Ahad.

Lokasi Belalak Addicted Coffee adalah seperti di bawah :

 

 

4.2K Shares

' Drama Saiful Bukhari 2.0 ' Kembali, Kini Dibintangi Anak Sarawak

‘ Drama Saiful Bukhari 2.0 ‘ Kembali, Kini Dibintangi Anak Sarawak

Hampiri Liga Super, Skuad Badak Mengejar Gelaran Juara Liga Premier 2019!

Hampiri Liga Super, Skuad Tambadau Sabah Mengejar Gelaran Juara Liga Premier 2019!