fbpx
Home Tempat Makan Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu Yang Anda Kena Try

Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu Yang Anda Kena Try

Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu Yang Anda Kena Try

 

Selain terdapat banyak tempat – tempat yang menarik untuk dikunjungi, Kota Kinabalu juga menawarkan pelbagai makanan yang sedap-sedap untuk penggemar makanan. Jom saya kongsikan Tempat Makan Sedap yang jadi kegemaran kami sekeluarga.

 

Gerai Seafood Pasar Malam Filipina

Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu

Pasar malam yang dikenali sebagai Pasar Filipin ini memang popular di kalangan pelancong, selain terdapat Pasar Kraftangan di sini juga terdapat pasar ikan dan sayur, pasar menjual makanan tradisi orang sabah seperti kuih cincin, keropok amplang dan macam-macam lagi. Tempat ini biasanya dibuka dari pagi hingga ke malam, manakala untuk pasar ikan dan sayur dan juga gerai makan seafood ini hanya dibuka selepas jam 5 petang hingga ke 10-11malam.

Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu

Terletak di tengah bandar Kota Kinabalu berhadapan Hotel Le Meridian Kota Kinabalu.Kawasan ini memang meriah dan aktif pada waktu malam. Bagi sesiapa yang tercari-cari makanan seafood yang fresh lagi murah berbanding di Restoran Seafood di sini lah tempatnya. Jangan lupa untuk cuba lobster, ikan merah, sotong, udang, seaweed, latok dan sambal belacan di sini.

 

Warung Bandung Kepayan

Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu

Warung yang berkonsepkan makanan dari Negara Indonesia ini juga menjadi kegemaran kami. Nasi Ayam Berlado, Nasi Ayam Penyet, Nasi Panggang + Ayam Kalasan, Nasi Ikan Bawal Goreng antara yang selalu jadi pilihan. Warung ini terletak di kawasan Kepayan berdekatan dengan Open Univerisiti Malaysia Sabah bersebelahan dengan Supermarket Boulevard Kepayan.

Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu

Harga makanan juga berpatutan akan tetapi jika anda tidak mahu tertungu-tunggu meja kosong, elakkan untuk datang lunch hour. Ini kerana biasanya waktu itu warung ini selalu penuh dengan pelanggan. Sedap sangat bah hehe. Nombor telefon yang boleh dihubungi : 011-26869735

 

Lucy’s Kitchen 

kredit gambar- cerita kami.com

Terdapat 4 outlet iaitu di 88 Marketplace Kepayan, Metro Town, Imago Shopping Mall dan Kinabalu Golf Club Tanjung Aru.

Antara menu kegemaran kami di Lucy’s Kitchen seperti Spaghetti Aglio Olio, Durian Pancake, Creme Caramel, Chicken Chop, Chicken Burger, Air Kedondong, Wat Tan Hor, Lee Chee Kang, Abc Lucy’s Special, Nasi Lemak Special dan banyak lagi, semua sedap-sedap menu di sini

kredit gambar- cerita kami.com

kredit gambar- cerita kami.com

 

Restoran D’Lengkuas

kredit gambar- cerita kami.com

Bagi anda yang tercari-cari makanan popular orang semenanjung, di sinilah tempatnya. Kerang Masak Sambal, Ikan Patin Masak Tempoyak, Sotong Sumbat Masak Hitam, Daging Kawah dan banyak lagi jenis makanan yang sedap-sedap di sini.

kredit gambar- cerita kami.com

Restoran ini terletak di Sembulan, Kota Kinabalu berdekatan dengan Grace Ville Sembulan dan Grace Point Food Court. Biasanya ‘lunch hour’ memang sentiasa ramai pelanggan yang memang sesuai dengan selera mereka .

 

Restoran Prapheni Thai

kredit gambar- cerita kami.com

Restoran ini terletak di Petagas, Kota Kinabalu. Lebih kurang 2KM sahaja dari KK International Airport.

kredit gambar- cerita kami.com

kredit gambar- cerita kami.com

 

Antara menu kegemaran  adalah Tomyam Seafood, Ayam Goreng Kunyit, Paprik Seafood, Ikan Masak 3 Rasa, Udang Goreng Tepung, Kerabu Sotong

 

Kedai Makan Santubong / Kek Lapis Sarawak 

Kedai Makan Santubong ini terletak di Cybercity Kepayan, Kota Kinabalu. Bagi yang tercari-cari dan menggemari makanan asli orang Sarawak

Kedai Makan ini juga terletak bersebelahan dengan Restoran Sri Bongawan

Di hadapannya pula terdapat gerai sayap ayam yang paling sedap di Kota Kinabalu

kredit gambar- cerita kami.com

kredit gambar- cerita kami.com

kredit gambar- cerita kami.com

kredit gambar- cerita kami.com

 

Gayang Seafood Restoran 

Antara Restoran Seafood yang terkenal di Sabah adalah Restoran ini. Terletak di Salut Tuaran iaitu lebih kurang 33KM dari bandar Kota Kinabalu. Antara makanan kegemaran seperti Udang Steam, Lobster Masak Butter, Ketam Masak Kam Heong, Soft Shell Crab, Sup Isi Ketam, dan banyak lagi.

 

Baca artikel asal –  Cerita Kami