Mangsa dikatakan mempunyai rekod kesihatan yang kurang memuaskan
Mayat Lelaki Ditemui Terbaring Di Belakang Pusat Beli Belah Di Matang. Seorang lelaki berusia 38 tahun ditemui mati di belakang kawasan letak kereta sebuah pusat membeli-belah di Matang sebentar tadi. Berita ini dikongsikan oleh pihak Borneo Network menerusi laman Facebook mereka. Mayat lelaki tersebut dikenalpasti sebagai penduduk Kampung Paroh Sejijak.
Menurut laporan awal, si mati dipercayai menghidap penyakit tibi dan tekanan darah tinggi.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/05/image-69-1024x579.png)
Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah yang terlibat dan buat masa ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat lelaki tersebut telah diambil oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Walaubagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis mengenai kejadian ini.
Pihak berkuasa turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini untuk tampil membantu siasatan.