Lelaki kongsi kisah seat kena rambat dengan penumpang tiada common sense
Memang Boleh Buat Gaduh, Individu Kongsi Kisah Seat Tepi Tingkap Kena Rembat. Satu hantaran tular apabila seorang individu memuat naik mengenai kisah seat tingkap dalam penerbangannya kena rembat dengan penumpang lain.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, individu tersebut terkejut kerana ada orang lain duduk di tempatnya.
Difahamkan, timbul sedikit perbualan antara mereka dan ia berlarutan sehingga individu itu berasa berang seat yang telah dibelinya dirembat orang lain.
![Memang Boleh Buat Gaduh, Individu Kongsi Kisah Seat Tepi Tingkap Kena Rembat](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/10/385741435_858120839240852_4766745945433935123_n-727x1024.jpg)
Seat tepi tingkap kena rembat, mula hilang sabar
“Masuk je dalam flight, dah nak bikin panas, aku beli seat ni sebab aku nak duduk situ, tak dapat duduk tepi tingkap memang boleh buat gaduh,” tulisnya menerusi aplikasi Facebook itu.
Dalam pada itu, lelaki itu mula rasa tegang dan meninggikan suara sedikit hingga penumpang lain turut melihat kejadian tersebut.
“Dia pun bangun bagi aku masuk dan dia Kembali duduk kat tempat lain, lepas tu, flight attendant pun buat announcement sila duduk di tempat maisng-masing,” tambahnya lagi yang kecewa dengan sesetengah sikap individu.
Pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang menyokong lelaki tersebut
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial setuju dengan ciapan lelaki tersebut. Bahkan, ada juga yang menceritakan pengalaman yang sama.
“Nasib naik masa balik dari Sabah hari tu takda orang berani ambil seat tepi tingkap aku, boleh bawa gaduh juga kalau macam ni,” tulis salah seorang netizen.
![Memang Boleh Buat Gaduh, Individu Kongsi Kisah Seat Tepi Tingkap Kena Rembat](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/10/TheArifFLY-55-768x1024.jpg)
“Pengalaman saya pula naik myairlines, seat numbering itu konfius, start dari belakang dah salah duduk, membawa ke kami pun jadi salah,” kata netizen turut menceritakan kisahnya.
“Aku suka seat dekat tingkap, boleh tidur lena tak fikir orang kiri dan kanan,” ujar lagi seorang pengguna media sosial di Facebook.