Elak urus niaga dengan agensi-agensi pelancongan tersebut
[UPDATE 2023] MOTAC Dedah Senarai Syarikat Pelancongan Tidak Berlesen. Tiap-tiap tahun, kita selalu dengar cerita dan berita tentang penipuan pakej pelancongan. Kesian kat orang yang dah bersusah payah untuk simpan duit, tapi akhirnya kena tipu dengan scammer agensi.
Benda macam ni mesti buatkan orang takut nak guna perkhidmatan agensi pelancongan sebab tak nak kena tipu.
![[UPDATE 2023] MOTAC Dedah Senarai Syarikat Pelancongan Tidak Berlesen](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/12/85b68d26-cf3d-4246-bec1-c7338a69ebb9.jpg)
Baru-baru ni, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah kongsikan 20 nama agensi pelancongan yang tiada lesen sah dan telah langgar akta Industri Pelancongan 1992.
Senarai itu dah dikemas kini pada 27 Disember 2023. Berikut adalah nama-nama agensi pelancongan yang anda kena elak untuk urus niaga:
Berikut adalah senarai syarikat pelancongan yang tidak berlesen
- ABLEST ENTERPRISE
- ANNUR SAFINA TRAVEL & SERVICES SDN BHD
- GOLD TIGER MALAYSIA TRAVEL AND TRANSPORT
- GOLDEN FLY VENTURE
- KINABALU FRIENDLY TOURS (SABAH BAJET TRIP)
- MAN TONY
- PERCUTIAN BAJET SABAH
- QVC VACATION CLUB
- RAHIM TRAVEL
- TEGUH HOLIDAY SDN BHD
- TRAVEL WITH ABBY HASSAN
- EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
- ALPHA TEAM LEGACY
- AN NUR HOLIDAY TRAVEL
- GO FIRST HOLIDAYS
- MY ONEWORLD HOLIDAYS
- RAHA TRAVEL & SERVICES SDN. BHD.
- ROBIN TOW
- SAI GLOBAL TOUR
- SQUARE TRAVELER SDN BHD
Jangan terpedaya dengan sindiket penipuan pelancongan murah
Anda mungkin tergoda dengan tawaran pakej percutian yang sangat rendah dan menarik. Tetapi, berhati-hatilah kerana ia mungkin penipuan yang cuba mengambil wang anda. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah memberi amaran kepada orang ramai tentang sindiket penipuan yang menggunakan modus operandi seperti ini:
- Penipu mengiklankan pakej percutian yang tidak masuk akal murah
- Mangsa tertarik dengan tawaran tersebut
- Penipu mendesak mangsa untuk membuat bayaran secepat mungkin supaya tidak kehilangan tempat
- Penipu menghilangkan diri selepas menerima wang daripada mangsa
Untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan, anda perlu memastikan bahawa agensi pelancongan yang anda pilih adalah berdaftar dengan MOTAC. Anda boleh menyemak status agensi pelancongan di laman web rasmi MOTAC. Cuma masukkan nama syarikat di ruangan carian dan klik ‘cari’. Jika nama agensi itu keluar, bermakna ia adalah sah dan mempunyai lesen yang berdaftar dengan MOTAC.
Jadi, jangan mudah tertipu dengan pakej pelancongan murah. Semak dahulu agensi pelancongan sebelum anda membuat sebarang bayaran.