Penutupan sebahagian jalan Kuching-Serian bagi kerja membaik pulih
Notis Penutupan Sementara Di Sepanjang Jalan Kuching-Serian Dari 14 Jun Hingga 5 Julai. Penutupan sebahagian jalan telah berkuat kuasa di sepanjang Jalan Kuching-Serian, antara jam 9 pagi hingga 4 petang bermula 14 Jun sehingga 5 Julai.
Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menyatakan bahawa penutupan jalan ini adalah perlu untuk memudahkan kerja-kerja membaik pulih jalan tersebut.
![Notis Penutupan Sementara Di Sepanjang Jalan Kuching-Serian Dari 14 Jun Hingga 5 Julai](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/448391717_841530811338618_5637440680059187072_n-724x1024.jpg)
Pengguna jalan dinasihatkan agar berhati-hati semasa menghampiri dan melalui kawasan pembinaan.
Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Pejabat Bahagian JKR Serian di talian 082-876670 atau DAL HCM Sdn Bhd di 082-891956 pada waktu pejabat.