Pemandu pelancong Sabah mahir berbahasa Melayu, Inggeris dan Korea buat netizen kagum
Pemandu Pelancong Di Sabah Mahir 3 Bahasa Curi Perhatian Netizen. Satu hantaran tular di media sosial mengenai pemandu pelancong di Sabah mahir berbilang bahasa telah menarik perhatian ramai, mudah bertukar antara bahasa Melayu, Inggeris dan Korea.
Menerusi perkongsian video di laman TikTok, menunjukkan seorang pemandu pelancong memberi taklimat kepada pelancong di atas bot.
![Pemandu Pelancong Di Sabah Mahir 3 Bahasa Curi Perhatian Netizen](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/manukanb-685x1024.jpg)
Dalam video tersebut, sambil memastikan semua penumpang memahami arahan keselamatan untuk aktiviti air, pemandu pelancong itu juga dilihat membuat jenaka dalam penyampaiannya, mencetuskan gelak tawa dari sebahagian pelancong.
Kebanyakan netizen memuji tindakan Abang bot itu mahir 3 bahasa
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen telah memuji pemandu pelancong tersebut.
“Inilah sebabnya pelancongan di Sabah adalah antara yang terbaik di Malaysia. Ini kerana orang seperti mereka yang belajar untuk memberikan yang terbaik kepada pelawat,” ujar seorang netizen.
“Baru-baru ini saya pergi ke Sabah, orang di sana fasih berbahasa Korea,” ujar lagi seorang pengguna TikTok.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga berpendapat bahawa mengetahui bahasa Korea adalah perkara biasa pada masa kini.