Penduduk gesa pihak kontraktor patuhi spesifikasi keselamatan
Bahaya Dan Menyesakkan, Penduduk Gesa Projek Selenggara Jalan Di Kampung Gita Dipercepat. Baru-baru seorang individu telah meluahkan kegusarannya di Facebook berkenaan kualiti kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan di sekitar Kampung Gita.
Dalam posting tersebut, individu terbabit menyuarakan kebimbangan terhadap aspek keselamatan yang didakwa tidak diutamakan oleh pihak kontraktor.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/01/image-19.png)
Keadaan jalan yang tidak rata dan penuh lubang dikatakan menyebabkan kenderaan mudah rosak dan berisiko tinggi untuk berlaku kemalangan.
Menurut posting tersebut, keadaan jalan di Kampung Gita sangat mendukacitakan terutamanya ketika waktu puncak pagi, tengah hari dan petang.
Laluan alternatif juga didakwa tidak selamat kerana tidak rata dan gelap pada waktu malam.
Selain itu, mesin dan jentera pembinaan turut diletakkan sembarangan sehingga menghalang pemandangan pemandu. Kawasan tapak projek yang sempit juga tidak diletakkan penghadang.
Posting individu tersebut telah mendapat perhatian dan komen daripada warga Kampung Gita dan orang awam yang lain.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/01/image-20.png)
Kebanyakannya menyokong dan turut meluahkan rasa kesal terhadap Pihak Berkuasa Tempatan dan kontraktor yang dianggap tidak cekap dalam mengendalikan projek berkenaan.
Individu terbabit juga menggesa agar pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemantauan kerja lapangan dengan lebih kerap dan menyeluruh untuk memastikan kontraktor mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Update:
Membalas aduan individu berkenaan, wakil rakyat DUN Tupong memaklumkan bahawa jalan berlubang di kawasan tersebut telah diturap manakala penutup manhole turut diganti baru.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/01/image-22.png)