Telur buaya tersebut telah dipindahkan dari lokasi kejadian.
Penemuan Mengejutkan, 49 Biji Telur Buaya Dijumpai Di Taman Malihah. Penemuan Mengejutkan, 49 Biji Telur Buaya Dijumpai Di Taman Malihah. Perkongsian daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Facebook, sebanyak 49 biji telur buaya ditemui di sarangnya dekat Taman Malihah, Matang.
Setelah menerima laporan daripada penduduk di Taman Malihah serta makluman perkongsian di media sosial, pasukan Swift Wildlife Action Team (SWAT) dan Biodiversity Conservation Research SFC telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Usaha mencari buaya masih giat dijalankan
Pasukan SWAT SFC kini sedang memantau keadaan terkini di kawasan tersebut dan usaha mencari buaya tersebut masih lagi giat dijalankan. Usaha mencari buaya turut dibantu oleh anggota PDRM daripada IPD Padawan.
Setakat ini, sebanyak 49 biji telur buaya telah selamat dipindahkan daripada lokasi kejadian. Oleh itu, pihak polis telah telah memasang tali amaran di sekitar kawasan tersebut bagi memastikan para penduduk tidak menghampiri kawasan berkenaan.

Risalah keselamatan telah diedarkan
Dalam masa yang sama, SFC turut mengedarkan risalah keselamatan kepada para penduduk dan akan memasang papan tanda amaran buaya di lokasi kejadian.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai pihak yang menangkap, memburu, berniaga atau memelihara hidupan liar yang dilindungi dan dilindungi sepenuhnya boleh menghubungi talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu), atau 019- 8290994 (Miri).