Anak kelahiran dari bumi kenyalang ini juara Dewi Remaja 2023
Peserta Kelahiran Sarawak, Nurelyana Baharin Muncul Juara Dewi Remaja 2023. Nurelyana Baharin, 21 tahun, dari Kuching, Sarawak, telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2023 dalam majlis akhir program Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di CIBD Convention Center Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
Nurel, mengalahkan 10 finalis lain yang bertanding untuk merebut gelaran itu. Nurel berkata, dia telah bercita-cita untuk menyertai program tersebut sejak kecil dan tidak menyangka impianya menjadi kenyataan.
![Peserta Kelahiran Sarawak, Nurelyana Baharin Muncul Juara Dewi Remaja 2023](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/12/639FA3DC-D654-4001-9BE1-86573263540F-1024x682.jpeg)
Tahniah kepada Nurel dan Aiman atas pencapaian mereka!
Selain daripada trofi dan selempang Dewi Remaja 2023, Nurel juga membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000. Juara Hero remaja 2023 pula jatuh kepada Aiman Ameer Che Kamarudin, 23 tahun, dari Johor. Aiman juga menerima hadiah yang sama seperti Nurel.
Program Hero Dewi Remaja 2023 adalah sebuah program realiti yang mencari remaja lelaki dan perempuan yang mempunyai keperibadian menarik, berbakat dan berpengetahuan luas. Program ini disiarkan secara langsung di Astro Ria setiap minggu dan melibatkan pelbagai cabaran dan aktiviti yang menguji peserta.
Tahniah kepada Nurel dan Aiman atas pencapaian mereka sebagai Hero Dewi Remaja 2023!