Kes Buli di Sarawak, pembuli memuat naik gambar dan video untuk meraih populariti di media sosial
Sempat Selfie Sambil Belasah, Remaja Dibuli Rakan Sebaya Beramai-Ramai Di Betong. Satu hantaran tular di media sosial mengenai satu kejadian buli yang melibatkan seorang budak lelaki remaja di Spaoh, Betong, Sarawak.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, mangsa dipercayai telah dibuli oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan sebaya dengannya.
![Sempat Selfie Sambil Belasah, Remaja Dibuli Rakan Sebaya Beramai-Ramai Di Betong](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/2764970-1024x829.jpg)
Difahamkan, tujuan mereka berbuat demikian dipercayai untuk mendapat perhatian ramai dan meraih populariti.
Selain video tersebut, mereka turut memuat naik gambar ‘selfie’ berkumpulan. Dalam gambar itu, mangsa kelihatan menangis dan terdapat kesan lebam pada badannya akibat dipukul berulang kali oleh kumpulan pembuli tersebut.