Slang Sabah pekat sangat dalam lakonan, namun Tracie cuba memperbaiki dengan lebih baik dan tidak mengalah
Slang Sabah Pekat Sangat, Tracie Sinidol Tertekan Pengarah Tak Puas Hati Dengan Lakonan. Anak kelahiran Sabah, Tracie Sinidol tertekan menjayakan watak Nuha dalam drama Slot Akasia Luruhnya Bunga Cinta di saluran TV3, malah dia buntu apabila pengarah tidak puas hati dengan lakonannya.
“Saya sangat-sangat stress sebenarnya, kadang-kadang saya bila datang set penggambaran, pengarah tak mahu apa yang yang saya buat, dia cakap ‘saya bukan dalam karakter Nuha, saya masih karakter Tracie.
“Saya stress, apa lagi yang kurang, karakter Nuha itu macam mana? Saya juga dah tonton drama asal, tapi pengarah masih tak berpuas hati.
![Slang Sabah Pekat Sangat, Tracie Sinidol Tertekan Pengarah Tak Puas Hati Dengan Lakonan](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/09/092341bsj555o5s5s854j0.png)
“Balik sahaja rumah, saya buat penambahbaikan, belajar buat ekspresi muka, dialog, tanya pengarah sendiri. Kemudian baru saya dapat karakter yang pengarah mahukan,” ujarnya menurut sumber.
Tracie berkata dia akan terus berlatih untuk hiburkan penonton
Memetik laporan, difahamkan Tracie akui bukan mudah baginya untuk menjiwai watak yang sarat dengan emosi itu, namun dia tetap akan berlatih demi menghiburkan para penonton.
“Kalau ada babak yang perlu saya menangis, awal-awal saya datang set saya akan ‘mellow’. Sebab saya nak ambil mood.
“Sebab karakter Nuha ini agak mencabar, ia sangat emotional, banyak babak menangis dan terluka. Jadi saya perlu dapatkan emosi itu.
“Give up itu tak ada sangat tapi ‘breakdown’ itu semestinya ada lah, sebab bila saya dah set untuk shoot beberapa episod, apa yang saya sudah start, saya perlu habiskan. Itu mind set saya, no give up for me,” katanya lagi menerusi xtra.
![Slang Sabah Pekat Sangat, Tracie Sinidol Tertekan Pengarah Tak Puas Hati Dengan Lakonan](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2023/09/E2A9ACF3-1D97-4C9A-A715-0C3DFA47C072-1024x549.jpg)
Sukar untuk berbahasa semenanjung, namun tidak akan mengalah
Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa sukar baginya untuk bertutur dalam loghat bahasa Semenanjung, kerana slang Sabahnya sangat pekat.
“Saya juga kurang kawan, tapi bila datang set saya cakap dengan semua kru-kru yang ada. Jadi setiap hari saya akan cakap semenanjung, lama-lama ia bertambah baik juga dalam lakonan,” katanya yang tidak akan mudah putus asa.
“Pelakon lain juga nampak perubahan itu, mereka cakap teruskan belajar. Saya juga baru berpindah ke semenanjung selama 1 tahun, tapi masih belajar lebih kurang 5 bulan,” ujarnya lagi.
Untuk makluman, Drama Luruhnya Bunga Cinta sudah mula bersiaran di slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam, yang diadaptasikan daripada siri drama popular Korea yang berjudul Autumn in My Heart.