Sarawak juga terdapat spesis haiwan yang perlu dilindungi
Ketahui Spesis Haiwan Terlindung Di Sarawak. Pulau kita diberkati dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Pada suatu ketika dahulu, Borneo dipenuhi dengan hutan tebal yang merupakan rumah kepada beberapa spesies haiwan sehingga aktiviti pembalakan mulai dilakukan.
Hutan kita adalah antara terkaya di dunia dengan adanya kepelbagaian bunga dan juga rumah kepada beberapa haiwan yang kini sangat terancam seperti badak sumatera, primate seperti monyet proboscis, tarsier dan orangutan serta burung kenyalang kita, burung megah yang menjadi inspirasi kepada moniker negeri kita. Untuk senarai ini, kita akan fokus kepada haiwan terancam di Sarawak.
Ketahui Spesis Haiwan Terlindung Di Sarawak
Senarai berikut adalah antara haiwan yang disenaraikan sebagai haiwan terancam:
1. Orangutan Borneo
![Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2020/03/feeding-time-e1531792513342.jpg)
2. Monyet Proboscis
![Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2020/03/unnamed.jpg)
3. Harimau Dahan (Clouded Leopard)
![Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2020/03/cloud1.jpg)
4. Beruang Madu (Sun Bear)
![Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2020/03/sun-bear.jpg)
5. Kucing Merah (Borneo Bay Cat)
![Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2020/03/1200px-Bay_cat_1_Jim_Sanderson-cropped-1024x724.jpg)
6. Enggang Tebang Mentua (Helmeted Hornbill)
![Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2020/03/hhactionplan_final_hr_1-1024x494.jpg)
7. Tenggiling
![Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2020/03/pangolin-2.jpg)
9. Empesut (ikan lumba-lumba Irrawaddy)
10. Landak
11. Kelawar
12. Musang
13. Tupai Terbang
14. Kubung
15. Burung Sambar Ekor Panjang
16. Babi Berjanggut
![Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/EksFf0MVgAgfYLp-1024x683.jpg)
17. Kucing Hutan
18. Rajawali
19. Burung Tiong
20. Ular Sawa
21. Ular Tedung
22. Labi-Labi
23. Ikan Siluk (Arowana)
24. Kuda Laut
25. Burung Hantu
26. Memerang
27. Tupai Muncung
28. Binturong
![Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/imagea-1024x722.jpg)
29. Beluku
30. Jelu Merah
31. Enggang
32. Mawas
33. Belatok
34. Musang hitam pudar/ Musang Gunung
![Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/06/image-75.jpg)
Kenapa Spesies-Spesies Ini Terancam?
Antara faktor-faktor major yang membawa ancaman kepada haiwan-haiwan ini adalah penebangan hutan, pemburuan dan pembalakan.
Oleh itu, orang ramai tidak dibenarkan untuk memburu, membunuh, menyimpan atau menjual haiwan-haiwan yang disenaraikan ini tanpa lesen daripada Kontroller Hidupan Liar Sarawak.
![Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2020/03/B16101721.jpg)
Bagaimana Kita Boleh Membantu?
Salah satu cara kita boleh membantu adalah mengelak gunakan produk minyak sawit dan mengamalkan amalan kitar semula. Anda juga perlu membekalkan diri dengan ilmu mengenai syarikat-syarikat yang tidak mengamalkan kerja etikal untuk mengelak membeli keluaran mereka, serta berhenti membeli produk yang diperbuat dari haiwan.
Sekiranya anda mempunyai masa luang, anda boleh menjadi sukarelawan untuk mana-mana pusat pemuliharaan untuk tujuan pendidikan dan memberi kesedaran kepada orang ramai. Anda juga boleh menderma untuk konservasi untuk kumpulan pemuliharaan haiwan tempatan. Ia hanya memerlukan seorang untuk memulakan perubahan.