• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Syaitan Bertopengkan Manusia, Warga Emas Tergamak Bunuh Bayi 6 Bulan Di Sabah

Oleh
Husna Hazmi
12 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Syaitan Bertopengkan Manusia, Warga Emas Tergamak Bunuh Bayi 6 Bulan Di Sabah

Ibu kepada bayi tersebut terselamat namun cedera parah.

Syaitan Bertopengkan Manusia, Warga Emas Tergamak Bunuh Bayi 6 Bulan Di Sabah. Dilaporkan bahawa, seorang bayi perempuan berusia 6 bulan maut manakala ibunya cedera parah selepas ditetak menggunakan parang di sebuah Kampung Ubi Sungai Pauh di Sabah pada hari Selasa.

Syaitan Bertopengkan Manusia, Warga Emas Tergamak Bunuh Bayi 6 Bulan Di Sabah
Syaitan Bertopengkan Manusia, Warga Emas Tergamak Bunuh Bayi 6 Bulan Di Sabah. Kredit gambar: Sabah Post

Telinga kiri mangsa berusia 35 tahun hampir putus

Kejadian tragis yang berlaku pada jam 2 petang itu telah mengakibatkan telinga kiri mangsa berusia 35 tahun hampir putus akibat diserang suspek yang merupakan warga asing.

Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 2.40 petang.

Sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan kemudiannya digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan polis mendapati bayi perempuan berumur enam bulan itu sudah meninggal dunia dipercayai ditetak di bahagian kepala.

“Si ibu pula mengalami kecederaan parah di bahagian belakang tengkuk dan telinga kirinya hampir putus akibat tetakan,” jelas beliau dalam kenyataan media semalam.

Syaitan Bertopengkan Manusia, Warga Emas Tergamak Bunuh Bayi 6 Bulan Di Sabah

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kinabatangan

Dzulbaharin berkata kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan dan rawatan yang lebih lanjut.

Suspek pula berjaya ditangkap di kawasan ladang kelapa sawit, manakala parang yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa turut dirampas di lokasi yang sama.

“Suspek warga asing berusia 60 tahun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti punca kejadian dan suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan,” katanya.

Baca cerita terkini yang berlaku di Borneo di sini:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Syaitan Bertopengkan Manusia, Warga Emas Tergamak Bunuh Bayi 6 Bulan Di Sabah TERKINI : Malaysia Dipilih Sebagai Tuan Rumah Sukan SEA Edisi Ke-34
Next Article Netizen Puji JPJ Sarawak Tahan Pemandu Guna Laluan Motosikal Di Samarahan Netizen Puji JPJ Sarawak Tahan Pemandu Guna Laluan Motosikal Di Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?