fbpx
Home Tempat Menarik 9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Sabah merupakan negeri yang kaya dengan flora dan fauna. Kelebihan ini menjadikan Sabah sebagai sebuah destinasi yang popular dalam kalangan pelancong yang gemarkan aktiviti berkaitan. Untuk pengetahuan anda, Sabah mempunyai 9 buah taman negara yang menarik dan anda perlu melawat taman taman negara tersebut sekiranya berkunjung ke Sabah.

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah
Sumber : Amazing Borneo Tours

Dalam artikel ini kami senaraikan 9 buah taman negara yang anda perlu lawat di Sabah.

1.Taman Kinabalu

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Taman Kinabalu merupakan kawasan seluas 754 kilometer persegi yang mempunyai Gunung Kinabalu sebagai tarikan utama. Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia.

2.Taman Laut Tunku Abdul Rahman

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Taman Negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah.

Taman Negara Tunku Abdul Rahman terdiri daripada sekumpulan lima pulau yang terletak di antara 3 hingga 8 kilometer di luar Kota Kinabalu. Taman ini terbentang sejauh 4,929 hektar serta dua pertiganya meliputi laut. Sebelum munculnya Zaman Ais, ia membentuk sebahagian daripada jisim batu pasir dan batu endapan tanah besar Banjaran Crocker.

Walau bagaimanapun, kira-kira satu juta tahun dahulu, pencairan ais telah membawa kepada perubahan paras air laut dan bahagian tanah besar telah dipotong oleh laut untuk membentuk pulau-pulau yang menghasilkan Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Bukti ini boleh dilihat daripada dedahan batu pasir di pinggir laut yang menghasilkan tebing, gua, lubang-lubang dan rekahan yang dalam. Taman ini dinamakan sempena Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Terminal Feri Jesselton Point di pusat bandar Kota Kinabalu merupakan sebuah terminal feri bagi mereka yang menuju ke pulau-pulau di Taman Negara Tunku Abdul Rahman (Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug). Teriminal feri ini juga merupakan titik berlepas bagi pelanggan yang tinggal sama ada di Resort Pulau Manukan atau Resort Gayana.

Pelancong dapat melihat keindahan pantai dan panorama maritim iaitu gugusan pulau yang kekal keindahan alam semula jadinya dan dasar laut kaya dengan terumbu karang. Ia merupakan kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Para pelancong juga berpeluang mengembara merentasi hutan melalui denai-denai kecil di Pulau Gaya dan Sapi.

3.Taman Pulau Tiga

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Pulau Tiga, pada mulanya merupakan Hutan Simpan, bagaimana pun, kawasan tersebut telah ditawarkan sebagai Taman Negara Sabah, pada tahun 1978.

Taman Negara pulau Tiga (sekarang dikenali Taman Pulau Tiga) meliputi keluasan 39,000 ekar (15, 864 hektar). Pulau Tiga sendiri, mempunyai keluasan 1,500 ekar (607 hektar), manakala selebihnya adalah meliputi kawasan laut bunga karang termasuklah dua pulau kecil yang dikenali sebagai Pulau Kalampunian Besar dan Kalampunian Damit (Pulau Ular).

Taman Pulau Tiga, terletak di kawasan Teluk Kimanis, kira-kira 50 kilometer dari Kota Kinabalu. Pekan Kuala Penyu adalah merupakan pekan dan daratan yang terdekat dengan Taman Pulau Tiga, iaitu kira-kira 16 kilometer. Para pengunjung boleh datang ke Taman tersebut dengan menaiki bot dari Kuala Penyu. Biasanya perjalanan dengan bot memakan masa lebih kurang 25 minit. Para pelawat dari Kota Kinabalu atau W.P. Labuan, boleh menggunakan speed boat (bot laju) dan biasanya memakan masa 90 minit.

Daya tarikan yang terdapat di Taman Pulau Tiga

Selain daripada keunikan alam semulajadi yang masih belum tercemar, seperti hutan dara, tumbuhan bakau (mangrove), pantai-pantai yang berkilauan, di Taman Pulau Tiga memberi peluang kepada para pelawat untuk melihat lebih kurang 60 spesis burung, termasuklah burung Tambun (Megapodius freycinet) yang merupakan endemik species, di kepulauan Borneo. Selain daripada burung-burung, Taman Pulau Tiga juga turut dihuni oleh beberapa jenis binatang liar seperti Monyet (Maccaca Fasicularis), biawak (Eguana) dan berpuluh ribu ekor Keluang (Flying fox). Manakala di Pulau Kalampunian Damit (Pulau Ular), para pelawat dapat menyaksikan beratus-ratus ekor ular laut (Laticuda Calubrina) yang menjadi penghuni tetap di pulau tersebut. Pulau Ular (Snake Island) sejak kebelakangan ini telah menjadi tumpuan para pelawat dari luar negara.

Para pelawat yang berminat dengan hidupan laut (Marine life) pasti akan merasai satu kepuasan apabila menyaksikan beraneka jenis hidupan laut, termasuklah bunga karang, yang terdapat di Taman Pulau Tiga, dan adalah dipercayai terumbu karang ini di antara yang tercantik di dunia.

Turut menjadi daya tarikan pada para pelawat, ialah beberapa kawasan Gunung Berapi Lumpur (Mud Volcano) dan juga sarang-sarang Burung Tambun yang terdapat dipesisiran pantai.

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Taman Bukit Tawau terletak banjaran Brassey telah diwartakan menjadi Taman Taman Sabah (Sabah Park) pada tahun 1979. Ianya terletak 22 kilometer dari bandar Tawau iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan darat.

Taman Bukit Tawau adalah pusat tadahan air terpenting untuk hampir 1 juta penduduk tiga daerah Pantai Timur Sabah iaitu Tawau, Semporna dan Kunak. Sumber air dari sini menjadi punca kepada enam sungai utama di Tawau iaitu Sungai Merotai Besar, Sungai Merotai Kanan, Sungai Tawau, Sungai Kinabutan, Sungai Balung dan Sungai Mantri. Dengan keluasan 28 ribu hektar, Taman Bukit Tawau menempatkan tiga puncak gunung tertinggi daerah Tawau (dulunya gunung berapi) iaitu Gunung Magdalena setinggi 1,310 meter dari paras laut, Gunung Lucia (1,189M) dan Gunung. Maria (1,067M).

Asalnya Taman Bukit Tawau adalah Hutan Simpan Tawau yang bersempadan dengan Hutan Simpan Ulu Kalumpang di sebelah Utara yang menghubungkan kawasan hutan yang lebih luas iaitu Hutan Simpan Ulu Segama dan Hutan Simpan Kalabakan. Setelah Taman Sabah diwujudkan, hutan tersebut tadi digazetkan menjadi Taman Bukit Tawau. Keadaan mukabumi di kawasan Taman adalah berbukit bukau dengan ketinggian sekitar 30 meter hingga 1,312 meter dari paras laut.

4.Taman Banjaran Crocker

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Banjaran Crocker adalah banjaran gunung yang terletak di pulau Borneo. Banjaran ini memisahkan antara pantai timur dan pantai barat Sabah. Ia merupakan banjaran gunung tertinggi di Sabah iaitu setinggi 1,800 meter.

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Sejak tahun 1968 lagi, hutan di kawasan Banjaran Crocker ini telah diwartakan sebagai kawasan hutan yang dilindungi. Kemudian pada tahun 1984, Taman Semulajadi Banjaran Crocker diwujudkan untuk melindungi kawasan tadahan air yang menjadi bekalan air minuman kepada penduduk pedalaman dan Pantai Barat Sabah.

Taman Banjaran Crocker mempunyai keluasan 139,919 hektar yang dilitupi oleh hutan-hutan , kawasan tanah rendah dan pergunungan. Altitude paling tinggi taman ini mencapai ketinggian sehingga 2,076 meter. Disebabkan itu, suhu di sini adalah lebih dingin iaitu sekitar 18°C to 26°C.

Taman Banjaran Crocker begitu kaya dengan flora dan fauna. Ia mempunyai kekayaan biodiversiti dan ekologinya mengagumkan bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi. Dianggarkan terdapat 500 spesis tumbuh-tumbuhan, 107 mamalia, 67 amfibia, 52 reptilia dan 26 spesis hidupan ikan.

5.Taman Laut Pulau Penyu

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Taman Laut Pulau Penyu merupakan sebuah taman marin di Sabah, Malaysia, yang merangkumi perairan Pulau Selingaan, Gulisaan dan Bakkungan Kecil. Ia diwartakan sebagai taman marin dan dikenali sebagai Taman Pulau-Pulau Penyu (TPPP) pada 1977.

Taman Laut Pulau Penyu merupakan sebuah taman marin di Sabah, Malaysia, yang merangkumi perairan Pulau Selingaan, Gulisaan dan Bakkungan Kecil. Ia diwartakan sebagai taman marin dan dikenali sebagai Taman Pulau-Pulau Penyu (TPPP) pada 1977.

Selain bagi mengekalkan sumber makanan kepada penyu hijau dan penyu sisik yang mendarat di taman itu, terumbu karang yang ada di sekeliling taman ini turut menjadi tempat tinggal kepada habitat marin yang lain di perairan TPPP.

Taman Laut Pulau Penyu merangkumi kawasan seluas 1,740 hektar, dan terdapat lima stesen bagi perlaksanaan kerja-kerja memantau terumbu karang.

7.Taman Marin Tun Sakaran

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Semporna merupakan daerah yang sangat berpotensi dalam meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan bukan sahaja di negeri Sabah tapi Malaysia. Pada tahun 2004 YB Mohd Lan Adun Sulabayan individu yang bertanggungjawab dalam menggubal undang-undang dan terlibat dalam meluluskan pulau-pulau yang terdapat di Taman Marine Tun Sakaran (TMTS) terhadap 6 perkara dalam Warta Kerajaan Negeri Sabah Perisytiharan Taman Marin Tun Sakaran 22 Julai 2004 .

Sehingga kini kawasan yang lebih kurang 35,000 Hektar terletak dalam teluk darvel Laut termasuk pulau bodgaya, selakan, boheydulang, tetagan, sibuan, maiga, sebangkat dan mantabuan bersama-sama dengan terumbu karang yang mengelilingi pulau tersebut dalam TMTS hanya seorang sahaja individu yang memiliki mempunyai geran yang sah dan persetujuan mahkamah yang masih hidup (Sebangkat Island). Namun, pada tahun 2016 pemilik TMTS telah menjadi 4 orang dan terkini 2017 bertambah 14 orang waris sementara kumpulan penuntut 3000 yang lain adalah Individu berkepentingan (StakeHolder) jika merujuk kepada perundangan. Satu usaha yang hebat yang telah dilakukan oleh mereka individu yang bertanggungjawab pada masa itu patut disanjung disebabkan tindakan dalam menggubal undang-undang pulau yang terdapat di Semporna sehinggalah diwartakan pada tahun 2004.

Tertarik dengan 6 perkara tentang hak-hak keistimewaan yang jelas menunjukkan bahawa ianya sangat berguna untuk pemilik dan waris TMTS iaitu anak jati tempatan Semporna yang mmpunyai peluang dalam memajukan pelancongan negara Malaysia khususnya daerah Semporna. Pulau-pulau yang terdapat di Taman Marine Tun Sakaran boleh dikatakan bertahap ‘World Class’ Sebagai contoh, Aktiviti Diving dan sebagainya yang jelas menunjukkan mempunyai tarikan tersendiri yang mampu menarik pelancong luar negara seterusnya membawa keuntungan kepada negara Malaysia.

8.Taman Pulau Sipadan

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes committee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracudapenyuikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.

Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam “Hot spot center to scuba divers” misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.

9.Taman Tun Mustapha

9 Taman Negara Yang Anda Perlu Lawat Di Sabah

Digelar taman marin terbesar di Malaysia dan ‘memayungi’ sebanyak 50 pulau, Taman Tun Mustapha yang terletak di bahagian utara Sabah tersimpan khazanah laut yang seharusnya dipelihara sepanjang zaman.

Berkeluasan lebih sejuta hektar, ratusan spesies terumbu karang dan ikan yang `menginap’ di dalamnya amat berharga, khususnya untuk tatapan generasi akan datang yang seharusnya dididik tentang kepentingan menjaga ekosistem marin itu.

Ikuti Kami Untuk Lebih Banyak Cerita Menarik

26,648FansLike
2,284FollowersFollow
107SubscribersSubscribe